Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

Tarikh Akhir Tutup Hantar Borang Cukai E-Filing 2017 LHDN


Tarikh akhir atau tutup hantar borang cukai e-Filing 2017 LHDN secara online. Bagi borang E, tarikh tutup penghantaran borang secara online menerusi e-Filling adalah pada 31 Mac 2017. Borang BE (nyata individu) dan BT (individu permastautin) tutup pada 30 April 2017. 

Manakala borang B,P, M, MT, dan TF akan ditutup pada 30 Jun 2017. Seperti sedia maklum, eFiling adalah aplikasi yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet. Berikut adalah tarikh penting untuk makluman atau panduan pembayar cukai mengemukakan borang BNCP.


Borang Cukai e-Filing 2017 LHDN Online


Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN

  • E- Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat): 31 Mac 2017
  • BE-Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan): 30 April 2017 (manual).
  • B- Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan): 30 Jun 2017
  • P- Borang Nyata Perkongsian: 30 Jun 2017
  • BT-Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran): 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
  • M-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
  • MT-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)

Monday, March 20, 2017

Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2016/2017 Secara Online


Borang pendaftaran murid tahun 1 negeri Selangor sesi 2016/ 2017 secara online. Ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2016 – 2017. Sistem permohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2015 hingga 30 April 2015.

Permohonan Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 bagi Negeri Selangor dan Putrajaya kini dibuka mulai 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2016/ 2017 Online

Sila klik DISINI untuk layari laman Jabatan Pelajaran Selangor

Borang Permohonan Murid Tahun 1 secara Online Sesi 2016/ 2017

1. Permohonan menerusi laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor 

Panduan Cara Permohonan Murid Tahun 1

1. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul.

2. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

3. Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU) Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan DISINI

4. Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila semak semua maklumat yang dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

5. Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.

6. Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

7. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

8. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Pemohon Hilang No Pin dan Mengalami Masalah Pendaftaran Online

Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.

Wednesday, August 3, 2016

Cara Tukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah

Cara Tukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah. Bagaimana nak memilih/ bertukar atau membuat pendaftaran ke Akaun Shariah KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) akan memperkenalkansimpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariahbermula 1 Januari 2017 selaras dengan kehendak orang ramai. Oleh itu bermula 8 Ogos2016, semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang ke pejabat KWSP untuk mendaftar dan beralih ke Simpanan Shariah.

vertukar ke Simpanan Shariah KWSP

Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah.Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran/ pendaftaran Akaun KWSP dariSimpanan konvensional ke simpanan Shariah:-

  1. Pendaftaran adalah berdasarkan "Siapa cepat dia dapat". 
  2. Tarikh pendaftaran bermula dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan danaDana awal adalah RM100 billion
  3. Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan
  4. Ahli akan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  5. Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
  6. Semakan keputusan - Permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa   

Hukum Mengubah Caruman Ke Simpanan Shariah

Dikongsikan dari FB Ustaz, berikut adalah hukum bertukar dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.
Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah.
Disebabkan dana awal hanya RM100 billion, maka marilah kita sama-sama menukar ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana dan anda perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ.
   
Sumber KWSP Shariah dan FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

Petanda Gearbox Kereta Rosak Dan Cara Pencegahan

Kalau kerosakan kereta yang melibatkan gearbox ni memang berhabis duit la jawabnya. Sekiranya gear dah jadi tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar! Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.


Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu apa tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Sesiapa yang bawa kereta auto, ini merupakan tanda-tanda awal:

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3. Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

Tuesday, August 2, 2016

Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online

Perrmohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online. Anda berminat menjadi guru? Berita baik terdapat jawatan kosong seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang memaklumkan bahawa pengambilan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka untuk permohonan. Mereka yang layak dan berminat boleh mmebuat permohonan Guru Vokasional secara online dengan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, 7 Ogos 2016.


Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi applikasi permohonan online, syarat permohonan, maklumat jawatan dan lain-lain lagi. 


  • Nama Jawatan/ Gred : Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
  • Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
  • Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
  • Taraf Jawatan: Interim
  • Gaji Permulaan : RM2222.94: Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred DG41
  • Elaun Tetap dan Kemudahan : seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa
  • Applikasi Permohonan Online
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016. Borang boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Tarikh Tutup Permohonan : 7 Ogos 2016
  • Applikasi Permohonan Online : Daftar dan mohon melalui JobsMalaysia.
  • Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan :-
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
  • diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan

Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

Lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas;

atau 

Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas;

Jawatan Kosong JPJ Online 2016

Permohonan Jawatan Kosong JPJ Terkini Online. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA, di mana SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Komunikasi dan Multimeduia Malaysia sehingga tarikh tutup pada 14 Ogos 2016. Permohonan hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i

Panduan Memohon Jawatan Kosong JPJ Ogos 2016

Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di JPJ dan SKMM seperti berikut :-

Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia : 250 kekosongan
Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (Janatan Pengangkutan Jalan Malaysia) : 24 kekosongan
Jurufotografi Gred B19 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia : 9 kekosongan
Iklan Permohonan Ogos 2016


Sumber : SPA

Monday, April 25, 2016

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS

Cara semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Sudahkah anda membayar hutang PTPTN? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Kini terdapat cara mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan semakan PTPTN secara online atau SMS. Adalah dinasihatkan agar pelajar dapat membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraikan di CCRIS. 


Cara Semak Baki PTPTN

Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda. 

Semak Baki PTPTN Secara Online
1. Layari Laman Web PTPTN, sila klik http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
2. Klik Ikon Penyata Pinjaman - https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
5. Semak

Semak Baki PTPTN Melalui SMS
1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Perkhidmatan Lain PTPTN 

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini.


Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.

Friday, April 22, 2016

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 13 Full Online

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 minggu 13 secara full online. Pentas gelanggang separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2016 kini berlangsung di Royale Teater Shah Alam pada jumaat 22 April 2016. Kini tinggal hanya 5 kumpulan berentap di MLM 2016 minggu separuh akhir memandang tiada kumpulan tersingkir pada minggu ke 12. Untuk info, dua tema yang akan dipersembahkan pada MLM 2016 minggu 13 adalah “Trend Terkini” dan “Pantun”. Bagi anda yang terlepas menonton MLM 2016 Minggu 13, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming boleh klik di bawah ini: 



Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 13 Full Online

Tugasan Pertama: Trend Terkini

Joras 



LOL


PUTEH

BOCEY



RAYZA



Tugasan Kedua: Pantun

JORAS


LOL


Puteh



BOCEY

Rayza
 

Keputusan Penyingkiran

Tuesday, April 19, 2016

Strategi Pemasaran Untuk Premis Baru Dibuka

Apakah pentingnya strategi pemasaran bagi sesebuah perniagaan? Anda mungkin mempunyai produk yang hebat namun jika tiada strategi pemasaran yang betul pun agak susah hendak buat jualan. 


Ini kes benar yang berlaku di salah sebuah premis yang menjalankan perniagaan makanan. Lagi sebulan premis tersebut hendak di buka, beliau sudah menjalankan serangan gerila beliau.

Apakah strategi pemasaran untuk mewar-warkan beliau akan membuka sebuah perniagaan di kawasan tersebut?

1. Beliau menaikkan sebanyak 30 bunting SEBULAN sebelum premis di buka di kawasan beliau.

Contoh, jika di Wangsa Maju, bunting akan di naikkan diseluruh kawasan Wangsa Maju. Tujuan – premis tersebut berada di Wangsa Maju, jadi strategi bunting setempat adalah untuk mewar-warkan masyarakat setempat yang mereka bakal WUJUD di situ.

2. Serangan kedua adalah beliau menggunakan ayat yang dapat menarik prospek (pelanggan) untuk menghubungi beliau.

Contoh: Kedai Kek Comel bakal di buka di Sec 2, Wangsa Maju. Mahu KEK FREE? Whatsapp sekarang 013-5648768.

3. Serangan ketiga, apabila beliau mula menerima panggilan dan whatsap, beliau simpan kesemua contact number dan nama pelanggan tersebut di dalam satu DATABASE.

4. Serangan keempat, ketika lagi 7 hari premis bakal di buka, beliau blast semula ke nombor-nombor pelanggan yang sudah menghubungi beliau tempoh hari dengan ayat:

“Lagi 7 hari Kedai Kek Comel bakal dibuka. Jangan lupa dapatkan KEK PERCUMA anda. Kedai akan mula di buka pada pukul 9 pagi. Jadilah orang terawal dapatkannya.”

5. Setiap hari, beliau mengumpul database. Sehinggakan beliau dapat mengumpul ratusan ke ribuan database.

6. Serangan kelima, ketika lagi 3 hari premis bakal di buka, beliau blast lagi sekali ke nombor-nombor pelanggan tersebut dengan ULANGAN ayat yang sama.

Proses yang sama beliau ulang ketika sehari lagi premis bakal di buka.

7. Impaknya, pada hari pembukaan premis tersebut, pelanggan sudah sedia menunggu di depan kedai untuk mendapatkan KEK PERCUMA.

8. KEK diberi PERCUMA. Air kena beli. Produk-produk lain kena beli.

9. Hasilnya – beliau dapat mengumpul jualan RM25K pada hari tersebut daripada jualan air dan produk-produk lain.

Morale of the story

2 Perkara Penting Sebelum Premis Baru Dibuka Adalah:

1. Marketing
2. Database

kredit: Reni Rahmat

Akaun Instagram Kena Hack? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Sejak kebelakangan ini kes akaun media sosial digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sering terjadi kepada pemilik akaun yang mempunyai jumlah followers yang banyak seperti selebriti dan juga instafamous. Jadi, tidak hairanlah apabila ada di antara mereka melaporkan akaun media sosial mereka telah digodam.

Terbaru, akaun Instagram milik Wawa Zainal telah digodam sehingga ditukar username dan password. Bukan itu saja, semua gambar di dalam akaun yang mempunyai 1.1 juta followers juga dipadamkan sebelum ia dibuka untuk dijual kepada pihak yang berminat.


Tahukah anda satu akaun Instagram yang mempunyai 30,000 followers berharga RM4,500? Cuba bayangkan jika 1.1 juta followers, berapakah nilainya di mata penggodam? Lumayan kan.


Jika anda nampak akaun Instagram meninggalkan komen atau kongsi post yang bukan dibuat oleh anda, itu berkemungkinan kata laluan anda telah digodam.

Jadi, anda perlu cepat bertindak melakukan 5 perkara ini untuk menyelamatkannya:

1. Tukar kata laluan atau klik reset kata laluan ke email anda.
2. Membatalkan akses ke mana-mana aplikasi pihak ketiga.
3. Selamatkan akaun jika anda masih boleh log ke dalamnya.
4. Buat laporan kepada Instagram sekiranya anda sudah tidak boleh log masuk.
5. Periksa email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram.

Mungkin juga anda fikir ini semua poyo sebab tidak berapa lama kemudian si pemilik akaun menyatakan akaun media sosialnya sudah ada semula. Sebenarnya itu boleh berlaku jika bertindak pantas dan alert dengan email yang diterima.

Ini kerana setiap pertukaran kata kunci akan dimaklumkan oleh pihak Instagram melalui akaun email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram. Anda perlu klik pautan ‘let us know’ sekiranya anda tidak pernah meminta kata kunci ditukar.


Pihak Instagram turut sedar tentang risiko penggodaman ini. Maka, mereka telah kongsi 5 tip keselamatan untuk membantu akaun anda tidak mudah digodam.


1. Pilih kata kunci yang kuat.


Pastikan anda menggunakan kombinasi sekurang-kurangnya 6 nombor, huruf dan tanda (seperti ‘!’ dan ‘&’). Kata kunci itu juga mesti berbeza dari kata kunci yang anda gunakan di platform lain di internet.

2. Jaga kata kunci dengan baik.


Jangan sesekali memberikan kata kunci anda kepada orang yang anda tidak kenal dan tidak boleh dipercayai.


3. Pastikan akaun email selamat.


Sesiapa sahaja yang boleh membaca email anda juga berkemungkinan besar boleh mengakses akaun Instagram anda. Jadi, tukar semua kata kunci untuk akaun email anda dan pastikan kata kunci itu tidak sama bagi akaun-akaun media sosial yang lain.

4. Log keluar akaun.


Pastikan anda log keluar akaun Instagram jika anda menggunakan komputer atau telefon yang dikongsi dengan orang lain. Jangan sesekali tanda kotak “Remember Me” apabila anda log masuk dari komputer awam. Ini kerana orang lain boleh log masuk selepas anda menutup browser window komputer itu.

5. Aplikasi pihak ketiga.


Sekarang ini banyak aplikasi yang menarik untuk digunakan bersama akaun Instagram. Anda perlu fikir sebelum membenarkan mana-mana aplikasi pihak ketiga synchronize dengan akaun Instagram anda.

Contoh aplikasi atau laman web yang menyediakan alat untuk dapatkan free followers atau likes. Ini kerana ada kemungkinan aplikasi tersebut mengambil alih akaun anda tanpa anda sedari.

Tip tambahan


Selain itu, anda jangan begitu mudah klik apa-apa pautan yang meragukan yang diterima melalui pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, internet dan lain-lain. Walaupun pautan itu dihantar oleh orang yang dikenali, anda perlu tetap berhati-hati. Jangan semberono sahaja.

Anda juga digalakkan selalu menukar kata kunci akaun media sosial dan pastikan email yang tertera di bahagian deskripsi akaun media sosial anda itu bukanlah alamat email sama yang digunakan untuk mendaftarkan akaun media sosial tersebut.

Semoga info ini dapat membantu anda. InshaAllah.

kredit Diyana AR

Friday, April 15, 2016

6 Langkah Penting Untuk Kembangkan Duit Dalam Bisnes

Mengembangkan Duit di dalam Bisnes


1) Kenalpasti niche bisnes anda – samada bakeri, dobi, printing, atau sebagainya.

2) Kenalpasti aktiviti utama bisnes anda. Sebagai contoh, anda terlibat dalam perniagaan bakeri dan menjual kek dan roti. Aktiviti utama perniagaan anda menjual roti dan kek.

3) Cipta lebih banyak aktiviti bisnes. Katakan, dalam masa yang sama anda pandai membuat roti dan kek. Adakan kelas mengajar kek dan roti. Mulakan dengan skala yang kecil dahulu. Asalkan bermula.

4) Kembangkan aktiviti jualan anda. Jika sekarang anda menjual roti dan kek kepada pelanggan akhir. Selepas ini, anda besarkan lagi jualan anda kepada channel-channel sekolah sebagai contoh nya.

5) Jaga cashflow. Selepas duit masuk, penting untuk jaga cashflow.

6) Bayar gaji kepada diri sendiri. Setiap penghujung bulan, bayar gaji kepada diri sendiri. Masukkan siap-siap gaji anda di dalam kos overhead.

Sebab utama perlu anda mencipta banyak aktiviti bisnes adalah untuk membuat duit lebih banyak untuk bisnes anda.

Tujuan utama untuk anda membayar gaji kepada diri sendiri, supaya anda dapat penuhkan Tabung Kekayaan secepat yang mungkin.

Mudah-mudahan target 3 atau 4 tahun untuk tabung tersebut penuh menjadi 1 juta menjadi kenyataan. Amin.

kredit : Puan Reni bt Rahmat

Hasad Dengki Dalam Perniagaan

Sesungguhnya bermula kejahatan Iblis itu dari sifat hasad. Dengki. Orang Jawa kata envy.

Bila Allah SWT menciptakan Nabi Adam A.S maka semua malaikat sujud menurut perintah Allah, melainkan Iblis. Iblis kata, “Aku ini lebih baik dari Adam. Engkau jadikan aku daripada api sedangkan Adam dari tanah.”


Itulah maksud hasad. Kita dulu mungkin pelajar paling pintar di sekolah. CGPA 4.0 di universiti. Tapi hari ini kawan kita yang dapat nombor 30 di kelas dapat PhD dulu. Yang dapat CGPA 2.0 dapat beli BMW dulu. Kita tidak gembira.

Semua orang ada hasad. Termasuk orang agama.

Kita rasa kita dah power. Baca, khatam banyak kitab fiqh. Semua karya imam terdahulu dah kita baca termasuk ringkasannya sekali. Tetapi orang lain yang dijemput beri ceramah, jadi penasihat Shariah. Kita tidak gembira.

Di mana-mana dapat berlaku hasad. Termasuk ketika menjadi tetamu Allah.

Kita pergi haji pakej. Tak ikut muassasah. Bayar mahal. Tapi di tanah suci tengok yang pergi muassasah duduk hotel sekali dengan kita. Sakitnya hati tengok rombongan haji ‘murah’ duduk sekali dengan kita.

Dalam bisnes dan pelaburan… tak perlu tulis. Banyak sangat contohnya.

Namun sekiranya apa yang orang lain dapat itu, kita yang dapat, maka kita adalah manusia paling gembira. Tiada status FB yang cukup untuk gambarkan betapa hebatnya diri kita. Yang penting orang lain tak boleh dapat.

Itulah hasad.

Kita rasa kita lebih baik. Lebih layak.

Nabi beritahu, hasad ini merosakkan kebaikan.. seperti api yang membakar kayu bakar.

Charlie Munger, rakan kepada Warren Buffett memberikan nasihat kewangan agar menjauhi sifat hasad, “(Envy) It’s 100% destructive.” Maksudnya nak jadi berjaya dalam hidup, urusan bisnes, urusan pelaburan, jangan ada hasad. Kena buang sifat hasad untuk berjaya dalam urusan duit.

Lagi awal kita buang sifat hasad ini lagi bagus untuk poket kita.

Tak boleh tengok orang lain untung beli saham untung 100%. Tak boleh tengok bisnes orang lain berkembang, dari jual online di rumah dan mampu beli kedai.

Mulalah hati rasa tak senang. Tak boleh tengok orang lain berjaya lebih sedikit dari kita. Tak boleh tengok orang lebih senang dari kita. Sebab kita rasa kita lebih bagus. Sebab kita rasa kita lebih hebat.

Imam Nawawi ketika mengulas hadis berkaitan hasad, dia mengggunakan hadis yang lain. Iaitu…

“Kita semua ada hasad dengkinya. Untuk menjauhi hasad, kita perlu diam dan jangan melakukan apa-apa (untuk khianat).”

Jadi, kita perlu belajar senyap. Tangan tak perlu tulis status bersifat hasad di media sosial, bila nampak benda yang dapat membangkitkan hasad dalam diri.

Kawan tulis dia berjaya dapat kereta idaman dia setelah lama berbisnes…

Ucapkan alhamdulillah.

Senyum.

kredit : Tuan Suzardi Maulan

Saturday, April 9, 2016

12 Panduan Etika Komunikasi Dengan Pelanggan

Sejak viral isu kes Dr. Harlina ramai yang berbicara tentang etika peniaga dan pembeli. Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat anda dan para usahawan lain.



1. Panggil Pelanggan Dengan Panggilan Lebih Tinggi

Panggil prospek atau pelanggan dengan panggilan lebih tinggi. Puan, Tuan, Datuk dan Datin (walaupun mereka bukan). Jika mereka suruh panggil nama saja, ikut saja. Jika mereka minta panggilan formal, ikut saja.

Kadangkala mereka mahu asingkan urusan bisnes dan urusan peribadi. Hormati permintaan pelanggan, bukan susah mana pun. Asalkan close deal.

2. Diam & Biarkan

Jika anda ditegur sebab salah honorific atau title, minta maaf saja, diamkan dan biarkan ia berlalu. Kebanyakan peniaga akan melalui perkara ini.

Kalau pelanggan mahu viral, itu kekhilafannya dan publisiti tersebut bagus untuk bisnes anda juga. Elakkan bersikap defensif. Asalkan close deal.

3. Customer Is Right But Not Always!  

Biarkan mereka betul. Kalau jumpa pelanggan dari golongan bijak pandai dan professional, kamu iya kan saja apa yang mereka kata.

Kalau tak setuju, diamkan saja. Mereka suka betul. Anda sebagai peniaga tak perlu betul. Tak perlu jadi argumentatif, peniaga argumentatif sentiasa tak dapat close deal. Yang penting close deal.

4. Hadapi Kritikan

Biarkan pelanggan kritik anda. Bukan anda kritik mereka. Jaga hubungan baik supaya ada repeat business atau referral daripada pelanggan itu.

Jika anda rasakan pelanggan keterlaluan, tegur secara private. Jika masih melampau juga, laporkan pada polis dan bawa ke mahkamah jika perlu.


5. Setiap pelanggan berbeza

Bukan semua pelanggan sama. Terdapat banyak perbezaan dari segi budaya dan pembawaan. Aku / engkau / awak / abam / akak / adik adalah untuk mereka yang akrab.

Kebanyakan pelanggan tak suka akrab dengan penjual. Mereka hanya nak jadi pelanggan sahaja. Business is business, personal is personal.

6. Panggilan Ikut Pekerjaan

Memanggil dengan panggilan pekerjaannya adalah lebih selamat. Kalau doktor, panggillah doktor. Kalau cikgu, panggillah cikgu. Kalau ustazah, panggillah ustazah. Kalau professor, panggillah prof.

Panggilan sebegini membuatkan anda dilihat sebagai teliti dan peka terhadap keperluan mereka sebagai pelanggan, berbanding mereka yang panggil “encik / puan”, apatah lagi “aku / engkau / awak / abam / akak”.

7. Elak Short Form

Jika berkomunikasi di SMS / whatsapp / wechat / FB dan sebagainya, amalkan penulisan penuh, bukan penulisan remaja cacat.

Jangan gunakan contoh ini “i wil cum in 10mins. Ok kan gittew?“. Gunakan ini “I will come / arrive in 10 minutes, is that ok?“.

Ini menunjukkan anda bersikap professional terhadap perkara-perkara kecil sebagai peniaga.

8. Emotikon Secara Sederhana

Gunakan emotikon sebaiknya, bukan melampau. Ia menunjukkan anda seorang yang mesra, positif dan boleh didekati.

Pengalaman berjual beli dengan anda juga menjadi baik dan pelanggan bolehrepeat business atau refer orang lain kepada anda.

9. Minta Maaf

Jika anda lambat datang temujanji, minta maaf banyak-banyak pada pelanggan, dan belanjalah dia makan, samada dapat close deal ataupun tidak.

Tapi jika pelanggan lambat datang temujanji, janganlah marah dia pula. Isikan masa menunggu dengan merancang bisnes anda atau pos sesuatu yang bermanfaat di media sosial

10. Jadi Pendengar Yang Baik

Ketika berbincang, selalu amalkan mendengar lebih daripada bercakap. Amalkan bertanya lebih kepada menerangkan.

Lebihkan perkataan “ya” dan lebihkan mengangguk bila setuju. Bila tak setuju diam saja. Ini meningkatkan saham anda sebagai peniaga. Senang close deal.

11. Elak Hal Sensitif

Elakkan bincang hal kontroversi politik dan agama. Elakkan mengkritik pesaing dan pelanggan lain. Perbincangan negatif ini boleh menjatuhkan saham anda. Perbincangan positif saja.

12. Ucap Terima Kasih

Samada close deal atau tidak, sentiasa ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama anda. Dan jangan lupa minta maaf jika terkasar bahasa. Adab melayu kita, berterima kasih dan meminta maaf.

Kalau tak close deal, jangan ambil hati. Mungkin dia akan refer rakannya kepada anda jika anda beradab dengannya.

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter