Perrmohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online. Anda berminat menjadi guru? Berita baik terdapat jawatan kosong seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang memaklumkan bahawa pengambilan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka untuk permohonan. Mereka yang layak dan berminat boleh mmebuat permohonan Guru Vokasional secara online dengan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, 7 Ogos 2016.
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi applikasi permohonan online, syarat permohonan, maklumat jawatan dan lain-lain lagi.
- Nama Jawatan/ Gred : Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
- Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
- Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
- Taraf Jawatan: Interim
- Gaji Permulaan : RM2222.94: Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred DG41
- Elaun Tetap dan Kemudahan : seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa
- Applikasi Permohonan Online
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016. Borang boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Tarikh Tutup Permohonan : 7 Ogos 2016
- Applikasi Permohonan Online : Daftar dan mohon melalui JobsMalaysia.
- Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan :-
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
- Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
- diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan
Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
Lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas;
atau
Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas;
No comments:
Write comments