Tahukah anda kini terdapat satu kedai makan yang sedang hot dengan menu daging merahnya? Apa yang mengejutkan kami adalah kedai makan ini sering dikunjungi oleh golongan artis.
Inilah kedai Daging Merah Loqstaq yang terletak di Kg Sg Penchala (Simpang 3, Masjid Penchala). Kedai makan ini menawarkan set Nasi Daging Merah yang sangat sedap dan original dari Kedah!
Kedai makan ini mula beroperasi pada 18 Februari lalu dan dikhabarkan sehingga kini, Daging Merah LoqStaq sentiasa mendapat sambutan ramai. Ia dibuka pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad, bermula jam 10.30 pagi hingga jam 3.30 petang.
Selain set Nasi Daging Merah, set Nasi Lemak Ayam Rempah juga dijual di sini dengan harga RM6.50 per set. Dan yang paling penting air minuman diberi secara PERCUMA!
Nampaknya tagline "tobat sedap baq hang" betul-betul memberi tuah kepada kedai makan ini. Boleh dikatakan hari-hari mesti penuh dengan orang ramai.
Diingatkan kepada mereka yang ingin mencuba makanan di sini supaya datang llebih awal. Jika anda terlambat sedikit alamatnya melepaslah peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Bayangkanlah bagaimana hebatnya kedai makan ini, hanya berniaga dalam masa 5 jam saja sudah mampu menghabiskan jualan. Power kan?
Dan kalau anda nak tahu juga, pemilik perniagaan ini adalah ibu kepada saudara Zuan Azmi iaitu wartawan hiburan TV yang cukup terkenal. Ibunya telah memulakan perniagaan ini sejak hampir 30 tahun lalu di Alor Setar.
Benarlah kata orang, bila sudah ada nama ni memang mudah kita dapat perhatian ramai dan rezeki pun akan bertambah. Nampaknya brand yang ada pada diri Azuan ini disalurkan ke arah bisnes sendiri pula. Syabas kami ucapkan!
Untuk maklumat lanjut sila layari:
Facebook Daging Merah Loqstaq
No comments:
Write comments