Tarikh akhir atau tutup hantar borang cukai e-Filing 2017 LHDN secara online. Bagi borang E, tarikh tutup penghantaran borang secara online menerusi e-Filling adalah pada 31 Mac 2017. Borang BE (nyata individu) dan BT (individu permastautin) tutup pada 30 April 2017.
Manakala borang B,P, M, MT, dan TF akan ditutup pada 30 Jun 2017. Seperti sedia maklum, eFiling adalah aplikasi yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet. Berikut adalah tarikh penting untuk makluman atau panduan pembayar cukai mengemukakan borang BNCP.
Borang Cukai e-Filing 2017 LHDN Online
Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN
- E- Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat): 31 Mac 2017
- BE-Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan): 30 April 2017 (manual).
- B- Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan): 30 Jun 2017
- P- Borang Nyata Perkongsian: 30 Jun 2017
- BT-Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran): 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
- M-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
- MT-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
No comments:
Write comments