Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Eh Kat Mana Kedai Makan Daging Merah Loqstaq Ni? Sampai Ramai 'Betoi' Artis Mai Cuba

Tahukah anda kini terdapat satu kedai makan yang sedang hot dengan menu daging merahnya? Apa yang mengejutkan kami adalah kedai makan ini sering dikunjungi oleh golongan artis.




Inilah kedai Daging Merah Loqstaq yang terletak di Kg Sg Penchala (Simpang 3, Masjid Penchala). Kedai makan ini menawarkan set Nasi Daging Merah yang sangat sedap dan original dari Kedah!


Kedai makan ini mula beroperasi pada 18 Februari lalu dan dikhabarkan sehingga kini, Daging Merah LoqStaq sentiasa mendapat sambutan ramai. Ia dibuka pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad, bermula jam 10.30 pagi hingga jam 3.30 petang.

Selain set Nasi Daging Merah, set Nasi Lemak Ayam Rempah juga dijual di sini dengan harga RM6.50 per set. Dan yang paling penting air minuman diberi secara PERCUMA!




Nampaknya tagline "tobat sedap baq hang" betul-betul memberi tuah kepada kedai makan ini. Boleh dikatakan hari-hari mesti penuh dengan orang ramai.

Diingatkan kepada mereka yang ingin mencuba makanan di sini supaya datang llebih awal. Jika anda terlambat sedikit alamatnya melepaslah peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Bayangkanlah bagaimana hebatnya kedai makan ini, hanya berniaga dalam masa 5 jam saja sudah mampu menghabiskan jualan. Power kan?


Dan kalau anda nak tahu juga, pemilik perniagaan ini adalah ibu kepada saudara Zuan Azmi iaitu wartawan hiburan TV yang cukup terkenal. Ibunya telah memulakan perniagaan ini sejak hampir 30 tahun lalu di Alor Setar.

Benarlah kata orang, bila sudah ada nama ni memang mudah kita dapat perhatian ramai dan rezeki pun akan bertambah. Nampaknya brand yang ada pada diri Azuan ini disalurkan ke arah bisnes sendiri pula. Syabas kami ucapkan!

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Friday, March 18, 2016

Raja Zarith Bidas Rakyat Suka Komen Negatif

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah membidas sikap netizens yang mempertikaikan pemakaian seorang rakyat Malaysia sewaktu menjadi pembawa cokmar untuk sambutan hari jadi ke-90 Ratu Elizabeth II.


Ini kerana, seorang pelajar Malaysia di Universiti Durham, Kishva Ambigapathy berpakaian baju Melayu lengkap serta sampin, namun tidak mengenakan songkok.

“Saya hairan kenapa ada sahaja antara kita yang memberi komen yang negatif. Dia (Kishva) dah pakai baju Melayu tapi itu pun tak cukup, tak betul, nak pertikaikan kenapa dia tak pakai songkok.

“Kita patut bangga dia memilih memakai baju Melayu. Dia tak pakai suit. Tapi masih ada yang tak puas hati. Buat salah, tak buat salah. Cuba sangka baik, mungkin ada sebab dia tak pakai songkok,” tulisnya di Facebook.

Bukan itu sahaja, Raja Zarith juga sempat menyatakan rasa bangganya apabila melihat Kishva yang berbangsa India berjalan megah di Westminster Abbey, London, semalam.

“Syabas! Congratulations! And please note that he is wearing our national Baju Melayu and Sampin!,” katanya lagi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu berkongsi gambar menunjukkan Kishva mengenakan baju Melayu berwarna krim sambil memegang cokmar diraja.

Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Kishva juga menerusi laman sosial Facebooknya menzahirkan rasa teruja kerana terpilih untuk membawa cokmar dan berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak.

Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu

Wednesday, March 16, 2016

Pinggang Bersaiz Kertas A4 Jadi Kegilaan

KALAU anda rasa dengan hanya memakai Kebaya ketat sudah cukup untuk menunjukkan anda memiliki pinggang yang ramping, mungkin anda silap!


Ini kerana, sebelum ini ‘Belly Button Challenge’ atau cabaran sentuh pusat menggunakan sebelah tangan bagi menunjukkan taraf kesihatan seseorang individu heboh di perkatakan di laman Weibo China, kini rakyat negara itu sekali lagi mencuri tumpuan ramai menerusi ‘trend’ pinggang ‘kertas A4’.

Menerusi fenomena ini yang hangat dikongsi di laman sosial negara itu, golongan wanita dilihat galak mengukur kelangsingan pinggang mereka menggunakan kertas A4.

Gadis-gadis di negara itu akan menyelitkan kertas A4 di dalam seluar atau skirt, yang diletakkan di bahagian paras pinggang untuk mengukur samada saiz pinggang mereka lebih besar atau kecil dari kertas tersebut.

Kebanyakkan foto yang dimuat naik memaparkan gadis-gadis terbabit mempunyai saiz selebar kertas A4 yang berukuran lebar sekitar 21 sentimental.

Bagaimanapun, ‘trend’ tersebut nyata menerima reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna Weibo yang mana antaranya menyifatkan ia satu teknik ‘halus’ untuk menghina golongan wanita lain yang tidak mempunyai kelangsingan bersaiz A4.

Saturday, March 12, 2016

"Mampukah Orang Asal membayar bil elektrik dan air?"

"Mampukah Orang Asal membayar bil elektrik dan air?" demikian persoalan dari Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Zainal Kling.


Memetik kenyataan beliau dari Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada bantuan Kerajaan semata-mata.

"Masukkan elektrik ke kampung Orang Asal barangkali senang. Tarik tiang, tarik wayar bolehlah pasang. Tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Mereka masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan. Orang Asal yang tinggal berhampiran bandar sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi jika tidak diberi percuma, mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik," katanya.

Tambah beliau, jika kerajaan tidak membantu Orang Asal untuk membayar segala kos kemudahan asas ini, maka nak memasukkan segala kemudahan asas ini akan menjadi masalah. 

Lapor Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal yang tinggal berhampiran Putrajaya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.

"Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain terus memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asal. Anak mereka perlu diselamatkan, pastikan mereka pergi ke sekolah, masuk kolej dan berjaya agar dapat membantu keluarga. 

"Yang tua-tua ini sudah tidak boleh buat apa-apa, kena bagi BR!M sepanjang masa kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap," kata Zainal

Friday, March 11, 2016

Pihak Polis Perjelas Perkara Sebenar Disebalik Viral 'Kutip Vico'

Pihak polis hari ini memperjelaskan perkara sebenar disebalik dakwaan bahawa orang ramai mencuri produk Vico di dalam satu kejadian treler yang membawa muatan itu terbalik di Kilometer 37.5 Jalan Teluk Intan menghala ke Klang di sini semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, sebenarnya orang ramai membawa balik produk tersebut selepas mendapat kebenaran dari pengurus syarikat treler tersebut memandangkan kebanyakan bungkusannya sudah rosak dan serta tidak boleh dijual.

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku 5.15 pagi apabila pemandu treler itu gagal mengawal kenderaan ketika melalui laluan berkenaan kerana jalan yang gelap.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang perlanggaran berlaku dan cuaca dalam keadaan baik. Namun keadaan jalan agak gelap berikutan tiada lampu jalan dipercayai menjadi punca treler ini terbabas, sebelum terbalik," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Ruslan turut berkata pemandu treler berkenaan mengalami kecederaan ringan di kepala manakal kelindannya bengkak di kaki kanan.

Sebelum ini beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip vico dari trailer itu menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizens yang menyangka mereka mengambil vico itu tanpa kebenaran

Wednesday, March 9, 2016

Tampar Isteri Kerana Tidak Hormat Suami

Seorang pegawai veterinar memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menampar isterinya beberapa kali di dalam lif hospital kerana wanita itu bersikap biadab terhadapnya, lapor The Star.


Mohammad Affandi Ismail, 39, berasal dari Jerantut, Pahang, berkata, dia marah dan mahu mengajar isterinya kerana tidak menghormatinya sebagai suami. Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, dia telah bertindak secara spontan apabila dia menampar wanita itu beberapa kali di atas kepala dan menendangnya sebanyak dua kali. 

"Tindakan itu adalah spontan. Saya sangat marah pada ketika itu kerana dia membelakangi saya. Saya tampar belakang kepalanya dan menendangnya.  "Saya sebenarnya menyasarkan mulutnya kerana kami sebelum itu bertelagah mengenai hal-hal keluarga," katanya yang bersetuju dengan Razali yang dia memukul isterinya mengikut kehendaknya sendiri tanpa sebarang paksaan dari pihak lain. 


Majistret Mohd Fitri Sadardin menangguhkan perbicaraan sehingga 10 Mac ini untuk pendengaran yang seterusnya. Mohammad Affandi telah diperintah oleh Mahkamah Majistret untuk membela diri di atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. 

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Bandar Perda pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013. Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika disabitkan bersalah, boleh dipenjarakan setahu atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sunday, March 6, 2016

Jual Sandwic Ayam & Kopi Dengan Harga RM1, Dua Pemuda Ini Mampu Raih RM1,000 Sebulan

Pernah tak anda terfikir anda boleh mendapatkan pakej sarapan pagi yang lengkap dengan hanya RM1? Buat orang Sandakan, Sabah, mungkin pagi anda selepas ini akan lebih bertenaga sekiranya anda singgah ke gerai tepi jalan ini yang menjual pakej sarapan pagi dengan harga RM1 SAHAJA!


Bayangkan dengan hanya RM1 anda boleh mendapatkan sarapan sandwic ayam dan sayur beserta kopi atau teh. Gerai ini terletak di tepi jalan berhampiran Taman Fajar di Jalan Airport, Sandakan yang merupakan laluan utama yang dilalui banyak kenderaan pada setiap pagi.

Perniagaan ini dijalankan oleh dua orang pemuda iaitu Jaafar Pame dan rakannyaMuhammad Abdullah. Idea ini tercetus dan dibuat atas keinginan membantu mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan sarapan dengan harga murah. Yelah, mana nak dapat sandwic beserta kopi dengan harga RM1?

Bukan itu saja, pancake, sup cendawan dan minuman panas yang lain turut dijual berasingan dengan harga RM1 juga setiap satu. Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana mereka mendapat untung dengan menjual harga semurah itu? 

Menurut kedua-dua pemuda ini, biarpun ia dijual dengan harga murah, mereka masih mampu memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan. Kata mereka, sambutan orang ramai memang sangat menggalakkan.

Mereka memulakan perniagan itu sejak Oktober lalu dan sehingga kini mereka mampu mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri. Dengan hanya menggunakan poster dan kain rentang bagi memaparkan menu sarapan, nampaknya pendekatan itu betul-betul menarik perhatian ramai.

Mereka mula berniaga bermula dari jam 6 hingga 8 pagi iaitu pada waktu puncak di mana orang ramai keluar bekerja pada setiap Isnin hingga Sabtu. Bahkan, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar kawasan Batu 7 Jalan Airport bagi sup cendawan dan minuman panas dengan hanya mengenakan caj serendah RM1.

Nampaknya idea menjual makanan dengan RM1 ini menjadi ikutan buat peniaga lain juga. Salah satunya gerai di Jitra, Kedah yang mana gerainya telah disiarkan di dalam berita Astro Awani baru-baru ini. Dikatakan gerai itu menjual cendol, laksa, mee sup dan banyak lagi dengan harga RM1! Memang murah!

Tuesday, March 1, 2016

Apakah Maksud Chia Chia Chia Yang Jadi Viral?

Maksud sebenar perkataan Chia Chia Chia sebenarnya adalah tagline atau pickup line Sepahtu Reunion. Perkataan ketawa “Hahaha” kini sudah digantikan dengan perkataan “Chia Chia Chia” dan seringkali digunakan dilaman sosial mahupun applikasi seperti Whatsapp dan Wechat. 


Namun, perkataan “Chia Chia Chia” bukanlah perkataan hipster namun ianya adalah tagline atau pickup line daripada pelawak Jep Sepahtu menerusi rancangan Sepahtu Reunion yang ditayangkan menerusi Astro Warna. Tinjauan dilaman sosial mendapati perkataan “Chia Chia” kini menjadi ikutan ramai pengguna.

Maksud Perkataan Chia Chia Chia Tagline Sepahtu Reunion

Chia Chia Chia hanyalah tagline Jep Sepahtu menerusi rancangan komedi Sepahtu Reunion. Chia-Chia-Chia kini adalah ayat yang trending bagi menggantikan perkataan Ha-Ha-Ha.





13 Situasi Yang Pasti Dialami Oleh Ibu-Ibu Dengan Anak Kecil

Lucy Scott ialah seorang illustrator yang menjadi ibu buat kali pertama pada tahun 2012. Pengalaman membersarkan anak pertama beliau ini diabadikan di dalam buku Doodle Diary of A New Mom. Kesemua ilustrasi yang dihasilkan beliau pastinya ada kaitan kepada golongan ibu dan bapa yang baru mempunyai anak. I have to admit kesemua situasi di bawah telah kami lalui. Was it fun? Nope. Will you do it again? Definately kerana perasaan membesarkan anak ini tidak mudah tetapi amat menyeronokkan kerana ia mengajar kita supaya tidak menjadi manusia yang menjual "ikan". 







Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter