Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, April 16, 2016

Live Streaming JDT Vs Kedah 16.4.2016 Piala FA Online

Live streaming JDT vs Kedah pada 16 April 2016 Piala FA. Siaran langung pertembungan antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Piala FA Superbest Power 2016 saingan Separuh Akhir Pertama yang akan berlangsung pada Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar jam 9.00 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada seawal jam 8.30 Malam. Bagi peminat yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan streaming online Kedah lawan JDT Piala FA 2016 Separuh Akhir Pertama.


Live Streaming JDT Vs Kedah 16.4.2016 Piala FA Online
Server 1: TV9

Jadual JDT Vs Kedah Piala FA 2016 Separuh Akhir Pertama

Tarikh: 16 April 2016 Sabtu

Masa: 9.00 Malam

Lokasi: Stadium Darul Aman, Alor Setar

Siaran Rasmi: TV9 Bermula pada jam 8.30 Malam

Thursday, April 7, 2016

Live Streaming Kelantan Vs JDT 8 April 2016


Live Streaming Kelantan Vs JDT 8 April 2016. Mampukah JDT terus mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Super 2016? Semuanya bakal terjawab apabila Kelantan akan menanti kunjungan JDT dalam perlawanan ketujuh Liga Super 2016 pada hari Jumaat, 8 April 2016 di Stadium Sultan Mohamed Ke IV, Kota Bharu. Dengan jadual perlawanan yang padat buat JDT, Kelantan mampu mencuri sesuatu di gelanggang sendiri bagi mengubat luka tewas kepada T-Team awal minggu ini.



Untuk peminat kedua-dua pasukan, JDT kini mendahului carta Liga Super dengan 16 mata dari 6 perlawanan manakala Kelantan di tangga keenam dengan 8 mata. Pahang dan Perak kini menghuni 2 tangga tercorot tanpa sebarang kemenangan. 

Live Streaming Kelantan Vs JDT 8 April 2016

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai perlawanan Kelantan vs JDT, 8 April 2016 
  • Stadium Sultan Mohamed Ke IV 
  • Hari Jumaat, 8 April 2016
  • Siaran Langsung : TV9 bermula 830 malam
  • Sepak Mula : 900 malam

Keputusan 

  • Kelantan 0 vs 0 JDT (Akan dikemaskini secara live score)

Kesebelasan Pemain


* Akan dikemaskini sebelum sepak mula perlawanan

Diharap kedua-dua pasukan iaitu Kelantan dan JDT dapat mempamerkan aksi menarik dan berkualiti pada perlawanan Liga Super 8 April 2016.

Saturday, March 12, 2016

Keputusan Terkini Liga Super - Felda United Rampas Kedudukan Teratas

Felda United merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas mengalahkan Pahang FC 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam Sabtu.


Kemenangan keempat yang diraih skuad 'The Fighters' menyaksikan mereka mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan.

Pada aksi di Jengka, Francis Forkey Doe meletakkan Felda United di depan pada minit ke-35 sebelum pemain import Pahang, Nejc Potokar dari Slovenia, menolak masuk gol ke dalam gawang sendiri pada minit ke-80.

Kedudukan tersebut bakal berubah sekiranya JDT yang menduduki tangga kedua Liga Super berjaya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka pada aksi liga, esok.

Kedah pula turun satu anak tangga ke kedudukan keenam setelah seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching. Pasukan pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Muhammad Farhan Roslan yang bijak menyudahkan hantaran Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-84 sebelum pemain import dari Australia, Makeche Ndumba menyelamatkan maruah skuad skuad 'Ngap Sayot' pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Naib juara Liga Super 2010, Kelantan pula melonjak dua anak tangga kepada kedudukan kelima liga selepas menang bergaya 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Penyerang import dari Macedonia, Blazhe Ilijoski muncul wira skuad 'Pamoga Qu Puteh The Red Warriors' apabila meledak dua gol pada minit keempat dan ke-35 sebelum kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-70.

Osas Marvelous Ikpefua mengurangkan defisit jaringan untuk Pulau Pinang pada minit ke-81.

Selain aksi PDRM-JDT, satu lagi aksi Liga Super membabitkan pertemuan Perak dan Terengganu FC II akan berlangsung malam esok.

Liga Malaysia akan berehat seketika selepas ini bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaysia menentang Arab Saudi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada 24 Mac sebelum bersambung pada 4 April ini.

Tuesday, March 1, 2016

Keputusan Terkini Liga Super 2016 Dan Kedudukan Semasa Liga Super 2016

Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2016 yang berlangsung pada Selasa malam:


Liga Super:

Selangor 4-2 Sarawak

Kedah 2-1 Kelantan

Pulau Pinang 1-1 Perak

T-Team 1-1 PDRM

JDT 2-1 Felda United FC

Pahang FC 1-2 Terengganu

Kedudukan Terkini Liga Super 2016 Selepas Minggu 4


Saturday, February 27, 2016

Keputusan & Kedudukan Terkini Liga Super 2016

BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung malam ini:

Pahang FC 1 Selangor 3

Terengganu 0 JDT 2

Felda United FC 2 T-Team FC 0

PDRM 2 Pulau Pinang 2

Perak 0 Kedah 0

Kedudukan Pasukan Liga Super Minggu Ke 3

Saturday, October 17, 2015

Tarikh Perlawanan Akhir AFC Cup 2015 JDT Vs Istiklol FC

Tarikh Perlawanan Akhir AFC Cup 2015 JDT Vs Istiklol FC. Umum sedia maklum yang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melakar sejarah menjadi pasukan pertama tanah air melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015.

Tarikh Perlawanan Akhir JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015

  • Final Piala AFC (AFC Cup 2015)
  • JDT (Malaysia) VS ISTIKLOL (Tajikistan)
  • Tarikh : 31 Oktober 2015
  • Tempat : Dushanbe, Tajikistan
Perkara ini telah diumumkan menerusi satu kenyataan di petik dari Laman Web AFC :-

Following the decision by FIFA to suspend the Kuwait Football Association and its members from all football activities Kuwait SC and Qadsia SC are no longer eligible to compete in the AFC Cup semi-finals.The AFC Cup final therefore will now be between Johor Darul Ta'zim of Malaysia and FC Istiklol of Tajikistan. The final will be played on October 31 in Dushanbe in Tajikistan.


Laman web Johor Southern Tigers juga membuat kenyataan sama hari ini yang memaklumkan JDT akan mara ke perlawanan akhir berikutan pembatalan perlawanan pusingan kedua separuh akhir dengan Al-Qadsia yang dijadualkan pada 20 Oktober ini.

Tindakan ini diambil oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA akibat masalah yang ditimbulkan oleh Pasukan Bolasepak Kuwait dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara. 

Sehubungan itu, FIFA menghalang pasukan-pasukan daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhirPiala AFC bertemu pasukan FC Istiklol dari Tajikistan dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Menurut JDT, peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Semalam, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.

FIFA mengambil keputusan tersebut dengan segera setelah memberi amaran keras kepada KFA supaya elak daripada melaksanakan undang-undang baru tersebut.

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter