Friday, March 18, 2016

Raja Zarith Bidas Rakyat Suka Komen Negatif

Posted by   on

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah membidas sikap netizens yang mempertikaikan pemakaian seorang rakyat Malaysia sewaktu menjadi pembawa cokmar untuk sambutan hari jadi ke-90 Ratu Elizabeth II.


Ini kerana, seorang pelajar Malaysia di Universiti Durham, Kishva Ambigapathy berpakaian baju Melayu lengkap serta sampin, namun tidak mengenakan songkok.

“Saya hairan kenapa ada sahaja antara kita yang memberi komen yang negatif. Dia (Kishva) dah pakai baju Melayu tapi itu pun tak cukup, tak betul, nak pertikaikan kenapa dia tak pakai songkok.

“Kita patut bangga dia memilih memakai baju Melayu. Dia tak pakai suit. Tapi masih ada yang tak puas hati. Buat salah, tak buat salah. Cuba sangka baik, mungkin ada sebab dia tak pakai songkok,” tulisnya di Facebook.

Bukan itu sahaja, Raja Zarith juga sempat menyatakan rasa bangganya apabila melihat Kishva yang berbangsa India berjalan megah di Westminster Abbey, London, semalam.

“Syabas! Congratulations! And please note that he is wearing our national Baju Melayu and Sampin!,” katanya lagi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu berkongsi gambar menunjukkan Kishva mengenakan baju Melayu berwarna krim sambil memegang cokmar diraja.

Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Kishva juga menerusi laman sosial Facebooknya menzahirkan rasa teruja kerana terpilih untuk membawa cokmar dan berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak.

Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu

No comments:
Write comments

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter