Tuesday, March 21, 2017

Tarikh Akhir Tutup Hantar Borang Cukai E-Filing 2017 LHDN


Tarikh akhir atau tutup hantar borang cukai e-Filing 2017 LHDN secara online. Bagi borang E, tarikh tutup penghantaran borang secara online menerusi e-Filling adalah pada 31 Mac 2017. Borang BE (nyata individu) dan BT (individu permastautin) tutup pada 30 April 2017. 

Manakala borang B,P, M, MT, dan TF akan ditutup pada 30 Jun 2017. Seperti sedia maklum, eFiling adalah aplikasi yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet. Berikut adalah tarikh penting untuk makluman atau panduan pembayar cukai mengemukakan borang BNCP.


Borang Cukai e-Filing 2017 LHDN Online


Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 LHDN

  • E- Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat): 31 Mac 2017
  • BE-Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan): 30 April 2017 (manual).
  • B- Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan): 30 Jun 2017
  • P- Borang Nyata Perkongsian: 30 Jun 2017
  • BT-Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran): 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
  • M-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)
  • MT-Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) 30 April 2017 (Tidak Menjalankan perniagaan) & 30 Jun 2017 (Menjalankan perniagaan)

Monday, March 20, 2017

Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2016/2017 Secara Online


Borang pendaftaran murid tahun 1 negeri Selangor sesi 2016/ 2017 secara online. Ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2016 – 2017. Sistem permohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2015 hingga 30 April 2015.

Permohonan Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 bagi Negeri Selangor dan Putrajaya kini dibuka mulai 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2016/ 2017 Online

Sila klik DISINI untuk layari laman Jabatan Pelajaran Selangor

Borang Permohonan Murid Tahun 1 secara Online Sesi 2016/ 2017

1. Permohonan menerusi laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor 

Panduan Cara Permohonan Murid Tahun 1

1. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul.

2. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

3. Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU) Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan DISINI

4. Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila semak semua maklumat yang dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

5. Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.

6. Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

7. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

8. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Pemohon Hilang No Pin dan Mengalami Masalah Pendaftaran Online

Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.

Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017 Secara Online


Cara daftar dan guna kad debit pelajar Baucar Buku 2017 secara online. Seperti sedia maklum, Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) akan menggantikan baucar buku mulai 2017. 

Pelajar IPTS dan IPTA boleh mendapatkan kad debit pelajar KADS1M dengan memohon secara online menerusi Bank Rakyat mulai 16 Februari 2016. Kad debit KADS1M adalah cara baharu yang lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku pada tahun sebelumnya. Berikut adalah cara permohonan online bagi mendapatkan Kad Debit Pelajar dibawah kelolaan Bank Rakyat.

Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017 Online

1. Sila daftar di pautan berikut Bank Rakyat

Isilah maklumat yang sepatutnya dan selengkapnya. Jika server slow, ini kerana ramai pengguna sedang mengakses portal pendaftaran Bank Rakyat.

2. Selesai mendaftar, Bank Rakyat akan berikan mesej “pihak bank akan maklumkan kita mengenai pengambilan KADS1M tersebut.

3. Info lanjut berkenaan KADS1M ini bolehlah pergi ke IRAKYAT

4. Menurut Bank Rakyat, kalau tiada akaun bank rakyat pun, tidak mengapa. Tidak perlu buka akaun baru. Hanya bayaran rm 5 untuk KADS1M ni sahaja dikenakan.

5. Tujuan kad KADS1M ini diwujudkan untuk mengelakkan segelintir pengguna salah guna BB1M.

Wednesday, August 3, 2016

Cara Tukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah

Cara Tukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah. Bagaimana nak memilih/ bertukar atau membuat pendaftaran ke Akaun Shariah KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) akan memperkenalkansimpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariahbermula 1 Januari 2017 selaras dengan kehendak orang ramai. Oleh itu bermula 8 Ogos2016, semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang ke pejabat KWSP untuk mendaftar dan beralih ke Simpanan Shariah.

vertukar ke Simpanan Shariah KWSP

Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah.Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran/ pendaftaran Akaun KWSP dariSimpanan konvensional ke simpanan Shariah:-

  1. Pendaftaran adalah berdasarkan "Siapa cepat dia dapat". 
  2. Tarikh pendaftaran bermula dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan danaDana awal adalah RM100 billion
  3. Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan
  4. Ahli akan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  5. Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
  6. Semakan keputusan - Permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa   

Hukum Mengubah Caruman Ke Simpanan Shariah

Dikongsikan dari FB Ustaz, berikut adalah hukum bertukar dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.
Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah.
Disebabkan dana awal hanya RM100 billion, maka marilah kita sama-sama menukar ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana dan anda perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ.
   
Sumber KWSP Shariah dan FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

Petanda Gearbox Kereta Rosak Dan Cara Pencegahan

Kalau kerosakan kereta yang melibatkan gearbox ni memang berhabis duit la jawabnya. Sekiranya gear dah jadi tak terkawal dan bertukar dengan sendiri itu tandanya gearbox anda bermasalah besar! Bukan untuk kereta auto sahaja, perkara ini juga terjadi pada kereta manual. Buat pengguna kenderaan, sila ambil perhatian.


Untuk langkah keselamatan, kereta haruslah diselenggara dengan baik. Jangan ambil mudah, pandai guna, pandai jaga. Nak tahu apa tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah? Sesiapa yang bawa kereta auto, ini merupakan tanda-tanda awal:

1. Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)

2. Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D)

3. Terdapat ‘freeplay’ (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4

4. Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku

5. RPM yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar

6. Berbunyi hentakan seperti ‘DUK’ setiap kali gear auto bertukar

7. Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Kesemua tanda ini merupakan tanda-tanda awal, sekiranya anda biarkan dan tidak ambil tindakan, kerosakan akan lebih teruk dan kos untuk membaiki sangat tinggi. Nak tahu cara nak baiki dengan senang dan kos yang rendah?

Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter

1. Tukar minyak auto

2. Tukar mounting gearbox

3. Tukar pin pada panel gear

4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna kereta manual, anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

Tuesday, August 2, 2016

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online. Anda berminat menyambung pengajian tinggi anda di UiTM? Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM,Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2 (Bulan November) adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA  yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Permohonan UiTM 2016-2017 Online

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online

1.  Pemohon dikehendaki membuat permohonan  melalui  Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 4 Julai 2016 (Isnin) di link permohonan di bawah ini :-
2.  Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di url http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016  atau  http://www.selangkah.uitm.edu.my

3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 4 Julai 2016 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking. (No. Slip yang dibeli sebelum 4 Julai 2016 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini). 

Peringkat Program

1. Program Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (P1005)

  • Sila nyatakan semasa membuat pembelian no slip di BSN
  • Terbuka untuk pelajar Lepasan SPM/ Setaraf bagi permohonan ke program-program Diploma UiTM dan Asasi Undang-undang UiTM. Rujuk http://ontine.uitm.edu.my
  • Sesi Pengambilan : November 2016
  • Mod Pengajian : Sepenuh Masa 
  • Kadar Bayaran : RM10.00
2. Penerapan
  • Khusus untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM
  • Penerapan Pra Diploma ke Diploma UiTM 
  • Sesi Pengambilan : November 2016
  • Mod Pengajian : Sepenuh Masa 
  • Kadar Bayaran : RM10.00   
* PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI : 4 JULAI 2016 HINGGA 8 OGOS 2016 

IKLAN PERMOHONAN UiTM 2016-2017 SESI AKDEMIK 2

iklan Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2
Selamat membuat Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya.

Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online

Perrmohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online. Anda berminat menjadi guru? Berita baik terdapat jawatan kosong seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang memaklumkan bahawa pengambilan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka untuk permohonan. Mereka yang layak dan berminat boleh mmebuat permohonan Guru Vokasional secara online dengan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, 7 Ogos 2016.


Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi applikasi permohonan online, syarat permohonan, maklumat jawatan dan lain-lain lagi. 


  • Nama Jawatan/ Gred : Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
  • Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
  • Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
  • Taraf Jawatan: Interim
  • Gaji Permulaan : RM2222.94: Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred DG41
  • Elaun Tetap dan Kemudahan : seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2008 dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa
  • Applikasi Permohonan Online
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016. Borang boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Tarikh Tutup Permohonan : 7 Ogos 2016
  • Applikasi Permohonan Online : Daftar dan mohon melalui JobsMalaysia.
  • Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan :-
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
  • diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan

Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

Lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas;

atau 

Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas;

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter