Wednesday, March 9, 2016

7 Tanda Awal BF Anda Tak Sesuai Jadi Teman Hidup

Posted by   on

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.


Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan soal pemilihan pasangan hidup. Mungkin 7 tanda ini boleh membantu anda.

  • Selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung

  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.

  • Selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.

  • Selamba bermain WhatsApp ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia WhatsApp, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan WhatsApp dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang.

  • Selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.

  • Selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting, ataupun perkara penting tentang diri anda.

  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.

Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.

No comments:
Write comments

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter