Resepi mudah cara buat aiskrim sumi sedap dan terbaik. Sekarang ni dah jadi trending musim aiskrim baharu dari klasik kepada hispter dengan menggunakan Sumi. Sebenarnya cara untuk buat aiskrim sumi adalah cukup mudah dan tidak memerlukan kos yang banyak. Anda boleh cubanya sendiri membuat di rumah. Berikut adalah contoh resepi dan cara-cara untuk membuat aiskrim Sumi.
Bahan-Bahan :
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air (pakai tin susu ni nanti la)
3 paket sumi jelly
Secubit garam
Cara-Cara Buat Aiskrim Sumi Terbaik
1. Campurkan 1 tin susu pekat dan 1 tin susu cair. Masak susu dan air 4 tin air (pakai tin susu) dan secubit garam sehingga mendidih dan sejukkan.
2. Potongkan sumi kepada saiz dadu dan masukkan ke dalam plastik aiskrim terlebih dahulu sebelum tuang susu.
3. Simpan di dalam Freezer dan tunggu selama 1 jam sebelum boleh dihidangkan. Bergantung kepada anda, boleh juga dihidangkan pada paras sejuk sahaja atau pada tahap beku.
No comments:
Write comments