Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri-negeri pilihan
Permohonan pertukaran guru yang terlibat bagi sesi Januari 2016 adalah antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut
GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)
PERMOHONAN EGTUKAR PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2016
Permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2016 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan sistem berkenaan di pautan https://epgo.moe.gov.my mulai 1 September 2015 sehingga 30 September 2015
Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu (Sign Up) menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya
Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/menu/sk_kekosongan_opsyen_terkini.cfm sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan
Sistem lampu isyarat itu adalah sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat itu berwarna hijau ia menunjukkan terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya, seandainya berwarna merah
Untuk makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada
Bermula bulan Jun tahun lalu (2015) keputusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut
Bersandarkan sistem itu, keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen
Setiap tahun, Kementerian Pendidikan tidak dapat memenuhi permohonan pertukaran guru, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon
Difahamkan, kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan dan pihak mereka seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri yang dikehendaki disamping berada dekat dengan keluarga tercinta
Namun, perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan di beberapa negeri terutamanya Kelantan, Terengganu dan Kedah setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri terbabit.
No comments:
Write comments