Monday, October 26, 2015

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54

Berikut adalah jadual tangga gaji Guru yang dikategorikan dalam Perkhidmatan Pendidikan. Struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan kepada JGMM yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012. Struktur JGMM tersebut telah ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013.

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013. 
  • Gred: DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)



Jadual Gaji:

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUM
DG29RM1,589.00RM5,173.00
DG32RM2,731.00RM5,457.00
DG34RM3,397.00RM5,797.00
DG38RM3,457.00RM7,051.00
DG41RM1,917.00RM8,652.00
DG42RM1,917.00RM8,652.00
DG44RM3,371.00RM9,414.00
DG48RM4,922.00RM10,560.00
DG52RM5,538.00RM5,797.00
DG54RM5,840.00RM11,864.00

Saturday, October 17, 2015

Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

Tahukah anda ciri-ciri logo halal Malaysia sebenar? Berikut disertakan ciri-ciri Logo Halal JAKIM Malaysia yang dikongsikan dari FB Bahagian Halal JAKIM. Semoga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam Malaysia dalam memilih menentukan samada makanan itu Halal atau Haram.

Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

  • Perkataan Malaysia dalam bulatan 
  • Bintang berbucu 8 di tengah bulatan
  • Perkataan Arab "Halal" di tengah bintang
  • 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan Arab
  • Tulisan HALAL di tengah
  • Tulisan "MALAYSIA" dalam Arab
  • Contoh No. Standard MS 1500:2009
  • No. Rujukan Permohonan

Logo Halal Palsu 

Anda juga boleh mengenalpasti logo halal yang palsu atau tidak sah dengan merujuk gambar di bawah ini:


Keputusan Pemenang Juara 'Da’i Pendakwah Milenia' 2015

Keputusan Pemenang Juara 'Da’i Pendakwah Milenia' 2015. Program realiti keagamaan popular TV3, ‘Da’i Pendakwah Milenia’ 2015 musim ketiga akan melabuhkan tirainya malam ini. Tahniah kepada 3 finalis iaitu Da'i Fuad Mokhtar, Da'i Hamidah, dan Da'i Hidayu yang bakal bertarung di pentas akhir untuk merangkul Juara'Da’i Pendakwah Milenia' 2015.

Pada peringkat awal, 10 pendakwah muda telah terpilih daripada lebih 600 penyertaan bagi berentap untuk merebut hadiah wang kemenangan berjumlah RM50,000.

Saksikan pentas akhir Da'i musim ke-3, Ahad 18 Oktober 2015 jam 9.00 malam Siaran Langsung di TV3

Senarai Calon Juara Dai Pendakwah Milenia 2015

1. Nur Hidayu binti Mohd Kamil (23 tahun, Selangor)

2. Ahmad Fuad bin Mohamad Mokhtar (20 tahun, Selangor)


3. Hamidah binti Ab Razak (23 tahun, Kedah)


Senarai Pemenang Juara Dai Pendakwah Milenia 2015

Juara - 
Naib Juara -
Ketiga - 

* Keputusan akan dikemaskini dari masa kesemasa

Harga dan Spesifikasi Nissan Navara NP300 Baru 2015

Harga dan Spesifikasi Nissan Navara NP300 Baru 2015. Kenderaan 4WD jenis Nissan Navara merupakan di antara model popular kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Malaysia selain Toyota Hilux, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan sebagainya. 


Berita baik kepada pengemar kenderaan Nissan Navara ini apabila pihak Nissan akan melancarkan model terbaru "Nissan NP300 Navara Serba Baharu" pada bulan November 2015 nanti. Dan bermula 13 Oktober 2015, anda boleh membuat tempahan pikap terbaru ini di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.np300navara.com.my

Harga Dan Spesifikasi Nissan Navara Baru NP 300 2015


Mengikut Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) yang dipetik dari Astro Awani, harga anggaran bagi model Navara baru ini adalah seperti berikut:




Spesifikasi Nissan Navara Baru 2015

Navara baru ini bakal dilengkapkan dengan spesifikasi menarik seperti berikut :-
  • Enjin 2.5L YD25DDTi generasi ketiga menjana sehingga 187hp dan tork sebanyak 450Nm
  • Enjin dengan output paling tinggi di dalam segmennya
  • Transmisi automatik 7-kelajuan.
  • Menggunakan suspensi belakang jenis multi-link dan bukan jenis dedaun yang lazim untuk kenderaan seperti ini. 
  • Lampu utama LED
  • DRL
  • Rim 18-inci.

Spesifikasi Dalaman

  • Menampilkan Zero Gravity Inspired Seats yang membantu mengurangkan keletihan pemanduan sewaktu perjalanan.

Ciri Keselamatan

Model ini dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan iaitu :-
  • Active Brake Limited Sli
  • Hill Start Assist
  • Hill Descent Control
  • Traction control.

Lain-Lain Ciri Navara Baru 2015

NP300 Navara menawarkan empat warna iaitu
  • Oren Savana (Savanna Orange serba baru)
  • Perak (Tungsten Silver)
  • Hitam (Diamond Black)
  • Putih (Brilliant White)

Jadual Siri Jelajah Nissan 2015

Bagi yang berminat dan teruja untuk memiliki kenderaan Navara NP300 baru ini, anda boleh mengunjungi Siri Jelajah Nissan yang berlangsung di seluruh negara bermula pada 15 Oktober 2015. Jadual siri jelajah tersebut adalah seperti di bawah:

Tarikh Wilayah Lokasi
  • 15 - 18 Okt Timur Kota Bharu Mall
  • 21 - 25 Okt Tengah 1 Utama Shoping Mall
  • 6 – 8 Nov Selatan Batu Pahat Mall
  • 10 – 15 Nov Utara Aeon Station 18
  • 12 – 15 Nov Tengah ASEAN Auto Show
  • 12 – 15 Nov Utara Sunway Carnival Mall
  • 15 – 21 Nov Timur Tesco Kota Bharu
  • 18 – 22 Nov Tengah IOI City Mall
  • 20 – 22 Nov Sabah Imago Kota Kinabalu
  • 20 – 22 Nov Sarawak City One Kuching
  • 20 – 22 Nov Selatan Mydin Seremban

Tarikh Perlawanan Akhir AFC Cup 2015 JDT Vs Istiklol FC

Tarikh Perlawanan Akhir AFC Cup 2015 JDT Vs Istiklol FC. Umum sedia maklum yang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melakar sejarah menjadi pasukan pertama tanah air melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC 2015.

Tarikh Perlawanan Akhir JDT Vs Istiklol FC Final AFC Cup 2015

  • Final Piala AFC (AFC Cup 2015)
  • JDT (Malaysia) VS ISTIKLOL (Tajikistan)
  • Tarikh : 31 Oktober 2015
  • Tempat : Dushanbe, Tajikistan
Perkara ini telah diumumkan menerusi satu kenyataan di petik dari Laman Web AFC :-

Following the decision by FIFA to suspend the Kuwait Football Association and its members from all football activities Kuwait SC and Qadsia SC are no longer eligible to compete in the AFC Cup semi-finals.The AFC Cup final therefore will now be between Johor Darul Ta'zim of Malaysia and FC Istiklol of Tajikistan. The final will be played on October 31 in Dushanbe in Tajikistan.


Laman web Johor Southern Tigers juga membuat kenyataan sama hari ini yang memaklumkan JDT akan mara ke perlawanan akhir berikutan pembatalan perlawanan pusingan kedua separuh akhir dengan Al-Qadsia yang dijadualkan pada 20 Oktober ini.

Tindakan ini diambil oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA akibat masalah yang ditimbulkan oleh Pasukan Bolasepak Kuwait dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara. 

Sehubungan itu, FIFA menghalang pasukan-pasukan daripada terlibat dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Justeru itu, JDT diberikan kemenangan oleh AFC dan akan terus ke perlawanan akhirPiala AFC bertemu pasukan FC Istiklol dari Tajikistan dan tarikh perlawanan tersebut dijadualkan pada 31hb Oktober ini. Menurut JDT, peluang ini dianggap rezeki buat pasukan dan penyokong Harimau Selatan untuk bersama-sama menyaksikan Johor Darul Ta'zim melakar satu lagi lembaran baru dalam titian perjalanan mereka di bawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Semalam, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.

FIFA mengambil keputusan tersebut dengan segera setelah memberi amaran keras kepada KFA supaya elak daripada melaksanakan undang-undang baru tersebut.

Friday, October 16, 2015

Borang Pendaftaran dan Kalendar Peperiksaan MUET 2016

Borang pendaftaran dan Kalendar peperiksaan MUET 2016 Majlis Peperiksaan Malaysia. Pihak MPM secara rasmi telah mengeluarkan takwim rasmi peperiksaan Malaysian English University Test (MUET) bagi sesi 2016. Seperti sedia maklum, peperiksaan MUET hanya diadakan tiga kali setahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November. Berikut adalah takwim MUET 2016 sebagai panduan dan rujukan kepada calon.


Borang Pendaftaran MUET 2016 MPM



Kalendar Peperiksaan MUET 2016 Majlis Peperiksaan Malaysia




Sunday, October 11, 2015

Permohonan EGTukar Pertukaran Guru Januari 2016

Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri-negeri pilihan


Permohonan pertukaran guru yang terlibat bagi sesi Januari 2016 adalah antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut

GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)

PERMOHONAN EGTUKAR PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2016

Permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2016 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan sistem berkenaan di pautan https://epgo.moe.gov.my mulai 1 September 2015 sehingga 30 September 2015

Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu (Sign Up) menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya

Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi pautan https://epgo.moe.gov.my/menu/sk_kekosongan_opsyen_terkini.cfm sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan

Sistem lampu isyarat itu adalah sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat itu berwarna hijau ia menunjukkan terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya, seandainya berwarna merah

Untuk makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada

Bermula bulan Jun tahun lalu (2015) keputusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut

Bersandarkan sistem itu, keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan tidak dapat memenuhi permohonan pertukaran guru, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon

Difahamkan, kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan dan pihak mereka seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri yang dikehendaki disamping berada dekat dengan keluarga tercinta

Namun, perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan di beberapa negeri terutamanya Kelantan, Terengganu dan Kedah setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri terbabit. 

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Secara Online

Borang Permohonan kemasukan ke MRSM 2016 Tingkatan 1 secara online. Menerusi makluman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), borang kemasukan ke tingkatan satu MRSM 2016 boleh didapatkan secara online selepas keputusan UPSR 2015 diumumkan keluar dijangka pada minggu ketiga bulan November 2015. Berikut adalah syarat minimum kelayakan dan cara permohonan kemasukan MRSM 2016 bagi Tingkatan 1.


Senarai Program MRSM Tingkatan 1 2016

Untuk info, calon UPSR 2015 yang layak perlu menduduki temuduga dan Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM). Terdapat tiga program utama yang ditawarkan di MRSM. Program-program adalah seperti berikut:

  • MRSM Program Biasa: Program ini melaksanakan sistem pendidikan MRSM
  • MRSM Program Ulul Abab: Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Ulul Abab merangkumi pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa lain seperti Bahasa Mandari dan Jepun selain subjek teras yang sedia ada di MRSM.
  • MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE: Program Cambriged International General Certificate of secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (Value Add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijik Pelajaran Malaysia (SPM).

Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 Online

Borang permohonan boleh dilayari di http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan keluar dijangka pada minggu ketiga November 2015.

Cara Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 Online

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan secara rasmi.

2. Pemohonan perlulah membawa salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR 2015 yang telah disahkan untuk mendapatkan kata laluan percuma.

3. Pemohon mesti mengisi borang secara online di laman http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp dan menghantar borang tersebut secara online.

4. Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang secara online untuk menduduki ujian dan temuduga.

5. Pemohonan mestilah menghantar cetakan borang permohonan ke alamat berikut:

Permohonan Tingkatan 1
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21. Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2016

  • Syarat Kemasukan MRSM (Semenanjung Malaysia)
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
  • Bumiputera tahun enam
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015

Syarat Kemasukan MRSM (Sabah Dan Sarawak)
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
  • Bumiputera tahun enam
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015.

Borang Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016 KPM

Borang permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2016 KPM secara Online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik kini sudah dibuka mulai 5 Oktober 2015 sehingga 20 Disember 2015. Berikut adalah cara permohonan online dan syarat kelayakan kemasukan ke program KV dan SMT 2016.


Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016 Online

Program Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016
  • Program Diploma Vokasional Malaysia- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
  • Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
  • Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional
  • Sekolah Menengah Teknik Aliran Teknikal

Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2015
  • Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014.
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter