Tuesday, August 2, 2016

Jawatan Kosong JPJ Online 2016

Permohonan Jawatan Kosong JPJ Terkini Online. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA, di mana SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Komunikasi dan Multimeduia Malaysia sehingga tarikh tutup pada 14 Ogos 2016. Permohonan hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i. 

Panduan Memohon Jawatan Kosong JPJ Ogos 2016

Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di JPJ dan SKMM seperti berikut :-

Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia : 250 kekosongan
Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (Janatan Pengangkutan Jalan Malaysia) : 24 kekosongan
Jurufotografi Gred B19 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia : 9 kekosongan
Iklan Permohonan Ogos 2016


Sumber : SPA

Monday, April 25, 2016

Cara Semak Baki PTPTN Secara Online Dan SMS

Cara semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Sudahkah anda membayar hutang PTPTN? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Kini terdapat cara mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan semakan PTPTN secara online atau SMS. Adalah dinasihatkan agar pelajar dapat membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraikan di CCRIS. 


Cara Semak Baki PTPTN

Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda. 

Semak Baki PTPTN Secara Online
1. Layari Laman Web PTPTN, sila klik http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
2. Klik Ikon Penyata Pinjaman - https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html
3. Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
4. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
5. Semak

Semak Baki PTPTN Melalui SMS
1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Perkhidmatan Lain PTPTN 

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i

Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini.


Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.

Friday, April 22, 2016

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 13 Full Online

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 minggu 13 secara full online. Pentas gelanggang separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2016 kini berlangsung di Royale Teater Shah Alam pada jumaat 22 April 2016. Kini tinggal hanya 5 kumpulan berentap di MLM 2016 minggu separuh akhir memandang tiada kumpulan tersingkir pada minggu ke 12. Untuk info, dua tema yang akan dipersembahkan pada MLM 2016 minggu 13 adalah “Trend Terkini” dan “Pantun”. Bagi anda yang terlepas menonton MLM 2016 Minggu 13, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming boleh klik di bawah ini: 



Video Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 13 Full Online

Tugasan Pertama: Trend Terkini

Joras 



LOL


PUTEH

BOCEY



RAYZA



Tugasan Kedua: Pantun

JORAS


LOL


Puteh



BOCEY

Rayza
 

Keputusan Penyingkiran

Tuesday, April 19, 2016

Strategi Pemasaran Untuk Premis Baru Dibuka

Apakah pentingnya strategi pemasaran bagi sesebuah perniagaan? Anda mungkin mempunyai produk yang hebat namun jika tiada strategi pemasaran yang betul pun agak susah hendak buat jualan. 


Ini kes benar yang berlaku di salah sebuah premis yang menjalankan perniagaan makanan. Lagi sebulan premis tersebut hendak di buka, beliau sudah menjalankan serangan gerila beliau.

Apakah strategi pemasaran untuk mewar-warkan beliau akan membuka sebuah perniagaan di kawasan tersebut?

1. Beliau menaikkan sebanyak 30 bunting SEBULAN sebelum premis di buka di kawasan beliau.

Contoh, jika di Wangsa Maju, bunting akan di naikkan diseluruh kawasan Wangsa Maju. Tujuan – premis tersebut berada di Wangsa Maju, jadi strategi bunting setempat adalah untuk mewar-warkan masyarakat setempat yang mereka bakal WUJUD di situ.

2. Serangan kedua adalah beliau menggunakan ayat yang dapat menarik prospek (pelanggan) untuk menghubungi beliau.

Contoh: Kedai Kek Comel bakal di buka di Sec 2, Wangsa Maju. Mahu KEK FREE? Whatsapp sekarang 013-5648768.

3. Serangan ketiga, apabila beliau mula menerima panggilan dan whatsap, beliau simpan kesemua contact number dan nama pelanggan tersebut di dalam satu DATABASE.

4. Serangan keempat, ketika lagi 7 hari premis bakal di buka, beliau blast semula ke nombor-nombor pelanggan yang sudah menghubungi beliau tempoh hari dengan ayat:

“Lagi 7 hari Kedai Kek Comel bakal dibuka. Jangan lupa dapatkan KEK PERCUMA anda. Kedai akan mula di buka pada pukul 9 pagi. Jadilah orang terawal dapatkannya.”

5. Setiap hari, beliau mengumpul database. Sehinggakan beliau dapat mengumpul ratusan ke ribuan database.

6. Serangan kelima, ketika lagi 3 hari premis bakal di buka, beliau blast lagi sekali ke nombor-nombor pelanggan tersebut dengan ULANGAN ayat yang sama.

Proses yang sama beliau ulang ketika sehari lagi premis bakal di buka.

7. Impaknya, pada hari pembukaan premis tersebut, pelanggan sudah sedia menunggu di depan kedai untuk mendapatkan KEK PERCUMA.

8. KEK diberi PERCUMA. Air kena beli. Produk-produk lain kena beli.

9. Hasilnya – beliau dapat mengumpul jualan RM25K pada hari tersebut daripada jualan air dan produk-produk lain.

Morale of the story

2 Perkara Penting Sebelum Premis Baru Dibuka Adalah:

1. Marketing
2. Database

kredit: Reni Rahmat

Akaun Instagram Kena Hack? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Sejak kebelakangan ini kes akaun media sosial digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sering terjadi kepada pemilik akaun yang mempunyai jumlah followers yang banyak seperti selebriti dan juga instafamous. Jadi, tidak hairanlah apabila ada di antara mereka melaporkan akaun media sosial mereka telah digodam.

Terbaru, akaun Instagram milik Wawa Zainal telah digodam sehingga ditukar username dan password. Bukan itu saja, semua gambar di dalam akaun yang mempunyai 1.1 juta followers juga dipadamkan sebelum ia dibuka untuk dijual kepada pihak yang berminat.


Tahukah anda satu akaun Instagram yang mempunyai 30,000 followers berharga RM4,500? Cuba bayangkan jika 1.1 juta followers, berapakah nilainya di mata penggodam? Lumayan kan.


Jika anda nampak akaun Instagram meninggalkan komen atau kongsi post yang bukan dibuat oleh anda, itu berkemungkinan kata laluan anda telah digodam.

Jadi, anda perlu cepat bertindak melakukan 5 perkara ini untuk menyelamatkannya:

1. Tukar kata laluan atau klik reset kata laluan ke email anda.
2. Membatalkan akses ke mana-mana aplikasi pihak ketiga.
3. Selamatkan akaun jika anda masih boleh log ke dalamnya.
4. Buat laporan kepada Instagram sekiranya anda sudah tidak boleh log masuk.
5. Periksa email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram.

Mungkin juga anda fikir ini semua poyo sebab tidak berapa lama kemudian si pemilik akaun menyatakan akaun media sosialnya sudah ada semula. Sebenarnya itu boleh berlaku jika bertindak pantas dan alert dengan email yang diterima.

Ini kerana setiap pertukaran kata kunci akan dimaklumkan oleh pihak Instagram melalui akaun email anda yang digunakan untuk pendaftaran akaun Instagram. Anda perlu klik pautan ‘let us know’ sekiranya anda tidak pernah meminta kata kunci ditukar.


Pihak Instagram turut sedar tentang risiko penggodaman ini. Maka, mereka telah kongsi 5 tip keselamatan untuk membantu akaun anda tidak mudah digodam.


1. Pilih kata kunci yang kuat.


Pastikan anda menggunakan kombinasi sekurang-kurangnya 6 nombor, huruf dan tanda (seperti ‘!’ dan ‘&’). Kata kunci itu juga mesti berbeza dari kata kunci yang anda gunakan di platform lain di internet.

2. Jaga kata kunci dengan baik.


Jangan sesekali memberikan kata kunci anda kepada orang yang anda tidak kenal dan tidak boleh dipercayai.


3. Pastikan akaun email selamat.


Sesiapa sahaja yang boleh membaca email anda juga berkemungkinan besar boleh mengakses akaun Instagram anda. Jadi, tukar semua kata kunci untuk akaun email anda dan pastikan kata kunci itu tidak sama bagi akaun-akaun media sosial yang lain.

4. Log keluar akaun.


Pastikan anda log keluar akaun Instagram jika anda menggunakan komputer atau telefon yang dikongsi dengan orang lain. Jangan sesekali tanda kotak “Remember Me” apabila anda log masuk dari komputer awam. Ini kerana orang lain boleh log masuk selepas anda menutup browser window komputer itu.

5. Aplikasi pihak ketiga.


Sekarang ini banyak aplikasi yang menarik untuk digunakan bersama akaun Instagram. Anda perlu fikir sebelum membenarkan mana-mana aplikasi pihak ketiga synchronize dengan akaun Instagram anda.

Contoh aplikasi atau laman web yang menyediakan alat untuk dapatkan free followers atau likes. Ini kerana ada kemungkinan aplikasi tersebut mengambil alih akaun anda tanpa anda sedari.

Tip tambahan


Selain itu, anda jangan begitu mudah klik apa-apa pautan yang meragukan yang diterima melalui pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, internet dan lain-lain. Walaupun pautan itu dihantar oleh orang yang dikenali, anda perlu tetap berhati-hati. Jangan semberono sahaja.

Anda juga digalakkan selalu menukar kata kunci akaun media sosial dan pastikan email yang tertera di bahagian deskripsi akaun media sosial anda itu bukanlah alamat email sama yang digunakan untuk mendaftarkan akaun media sosial tersebut.

Semoga info ini dapat membantu anda. InshaAllah.

kredit Diyana AR

Saturday, April 16, 2016

Live Streaming JDT Vs Kedah 16.4.2016 Piala FA Online

Live streaming JDT vs Kedah pada 16 April 2016 Piala FA. Siaran langung pertembungan antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Piala FA Superbest Power 2016 saingan Separuh Akhir Pertama yang akan berlangsung pada Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar jam 9.00 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada seawal jam 8.30 Malam. Bagi peminat yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan streaming online Kedah lawan JDT Piala FA 2016 Separuh Akhir Pertama.


Live Streaming JDT Vs Kedah 16.4.2016 Piala FA Online
Server 1: TV9

Jadual JDT Vs Kedah Piala FA 2016 Separuh Akhir Pertama

Tarikh: 16 April 2016 Sabtu

Masa: 9.00 Malam

Lokasi: Stadium Darul Aman, Alor Setar

Siaran Rasmi: TV9 Bermula pada jam 8.30 Malam

Friday, April 15, 2016

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 minggu 12 secara full online

Video Maharaja Lawak Mega MLM 2016 minggu 12 secara full online. Pentas gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016 kini berada di minggu suku akhir pada Jumaat 15 April 2016 bertempat di Royale Teater Shah Alam. 


Kini tinggal hanya 5 kumpulan berentap di MLM 2016 minggu suku akhir memandang Kumpulan Say Who telah tersingkir pada minggu ke 11. Untuk info, dua tema yang akan dipersembahkan pada MLM 2016 minggu 12 adalah “Tema Radio” dan “Artis Jemputan”. Bagi anda yang terlepas menonton MLM 2016 Minggu 12, anda boleh tonton di laman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

Tugasan Pertama: Tema Radio

Tugasan Kedua: Tema Artis Jemputan
Keputusan Penyingkiran– Tiada Penyingkiran

Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter