Thursday, March 31, 2016

Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2016 Online

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2016 egTukar Online. Berita baik buat guru yang ingin memohon pertukaran sekolah apabila Sistem Pertukaran Guru memaklumkan yang permohonan pertukaran guru Antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran Sesi Jun 2016 akan dibuka bermula 1 April 2016.


Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2016 adalah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

Permohonan Egtukar Guru Jun 2016 Online

Kepada guru yang berminat untuk memohon pertukaran, berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang termasuk link applikasi permohonan, tarikh buka dan tutup permohonan.

Applikasi Permohonan egTukar

Sesi Jun 2016 : Klik - https://epgo.moe.gov.my/
Tarikh Buka : 1 April 2016
Tarikh Tutup : 25 April 2016
Soalan Lazim egTukar (FAQ)

Berikut dikongsikan di antara soalan lazim permohonan pertukaran Guru :-

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

a. Kepentingan perkhidmatan
b. Kekosongan jawatan
c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon 
Guru boleh memohon bertukar ke mana-mana daerah/sekolah. Namun begitu, kelulusan akan mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.
Tiada pertukaran suka sama suka.

Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang. 

Untuk soalan lazim sepenuhnya, sila rujuk di FAQ egTukar

Cara Hubungi

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran. (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Kepada guru yang berminat, sila buat Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2016 Online mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh KPM. Semoga anda berjaya.

Thursday, March 24, 2016

Eh Kat Mana Kedai Makan Daging Merah Loqstaq Ni? Sampai Ramai 'Betoi' Artis Mai Cuba

Tahukah anda kini terdapat satu kedai makan yang sedang hot dengan menu daging merahnya? Apa yang mengejutkan kami adalah kedai makan ini sering dikunjungi oleh golongan artis.




Inilah kedai Daging Merah Loqstaq yang terletak di Kg Sg Penchala (Simpang 3, Masjid Penchala). Kedai makan ini menawarkan set Nasi Daging Merah yang sangat sedap dan original dari Kedah!


Kedai makan ini mula beroperasi pada 18 Februari lalu dan dikhabarkan sehingga kini, Daging Merah LoqStaq sentiasa mendapat sambutan ramai. Ia dibuka pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad, bermula jam 10.30 pagi hingga jam 3.30 petang.

Selain set Nasi Daging Merah, set Nasi Lemak Ayam Rempah juga dijual di sini dengan harga RM6.50 per set. Dan yang paling penting air minuman diberi secara PERCUMA!




Nampaknya tagline "tobat sedap baq hang" betul-betul memberi tuah kepada kedai makan ini. Boleh dikatakan hari-hari mesti penuh dengan orang ramai.

Diingatkan kepada mereka yang ingin mencuba makanan di sini supaya datang llebih awal. Jika anda terlambat sedikit alamatnya melepaslah peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Bayangkanlah bagaimana hebatnya kedai makan ini, hanya berniaga dalam masa 5 jam saja sudah mampu menghabiskan jualan. Power kan?


Dan kalau anda nak tahu juga, pemilik perniagaan ini adalah ibu kepada saudara Zuan Azmi iaitu wartawan hiburan TV yang cukup terkenal. Ibunya telah memulakan perniagaan ini sejak hampir 30 tahun lalu di Alor Setar.

Benarlah kata orang, bila sudah ada nama ni memang mudah kita dapat perhatian ramai dan rezeki pun akan bertambah. Nampaknya brand yang ada pada diri Azuan ini disalurkan ke arah bisnes sendiri pula. Syabas kami ucapkan!

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Wednesday, March 23, 2016

Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online

Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2016 Online. Anda seorang pelajar yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Permohonan adalah dipelawa untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2016.

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. 




Borang Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online
1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA

2. Program Separuh Masa (Secara Manual)

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

3. Senarai Kursus GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).

4. Senarai Lokasi GIATMARA

Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda (Lokasi GIATMARA ).

Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi mengelakan permohonan tidak lengkap.

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m. Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2016 Online dan semoga anda berjaya.

Harga Dan Spesifikasi iPhone SE Di Malaysia

Harga Dan Spesifikasi iPhone SE Di Malaysia. Persaingan di antara Apple dan Samsung dalam menjadi pengeluar smartphone terbaik dunia terus sengit. KiniVersi iPhone terbaru/ terkini dipanggil iPhone SE telah diperkenalkan oleh Apple pada 21 Mac 2016 di US. 


iPhone SE mempunyai chasis rekabentuk yang sama dengan iPhone 5 tetapi mempunyai spesifikasi hampir sama dengan iPhone 6S. Ianya hadir dengan warna Rose Gold bersama dengan warna asal yang terdapat di iPhone 5S iaitu grey, silver dan gold.

Spesifikasi iPhone SEiPhone SE mempunyai hampir kebanyakan ciri-ciri yang terdapat di iPhone 6S termasuk pemprosesan A9 dengan M9 Motion coprocessor yang menjadikannya sepantas iPhone 6S. Berikut antara ciri-ciri yang terdapat di iPhone SE :-

  • Skrin bersaiz 4.0 inci (1136 X 640 piksel)
  • Kamera 12 megapiksel
  • Rakaman video 4K 
  • Sokongan untuk Live Foto
  • 2X kepantasan CPU berbanding dengan iPhone 5S
  • Kamera hadapan masih seperti lama iPhone iaitu 1.2 megapiksel berbanding iPhone 6S yang mempunyai 5 megapiksel
  • Kamera FaceTime HD dengan Retina Flash
  • Kapasiti 16GB & 64GB
  • Sensor cap Jari ID 
  • Sokongan pembayaran Apple Pay 
  • Berat 113 gram
  • iOS 9
Lain-lain spesifikasi boleh dirujuk di Apple

Harga iPhone SE Di Malaysia

Menurut Apple, IPhone SE akan mula dijual di Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, UK, US Virgin Island dan Amerika Syarikat. Ia boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara pada Mei.Pra pesanan boleh dilakukan pada 24 Mac dan akan mula dijual pada 31 Mac 2016.Ianya boleh didapati dalam kapasiti bersaiz 16GB dan 64GB dan akan dijual pada harga US $399 (RM1,600) dan AS $499 (RM2,000).

Harga iPhone SE di Malaysia akan dikemaskini dari masa kesemasa dengan jangkaan harga yang murah iaitu kurang daripada RM2,000. Jangkaan berada di pasaran Malaysia pada hujung bulan Mei 2016

ipad ProApple juga memperkenalkan iPad Pro baru yang boleh didapati di Malaysia selepas 31 Mac 2016 dengan anggaran harga yang bakal berubah selepas pelancaran seperti berikut :-

Versi WiFi 9.7in iPad Pro 

32GB : harga US $599 (kira-kira RM2,429)
128GB : harga AS $749 (RM3,036)
256GB : harga AS $899 (kira-kira RM3,644)

WiFi Dan Versi Selular
32GB : Harga AS $ 729 (kira-kira RM2,955)
128GB : Harga US $ 879 (kira-kira RM3,565)
256GB : Harga AS $ 1,029 (kira-kira RM4173)

Bagi peminat produk Apple, nantikan kemunculan iPhone SE yang lebih murah pada Mei 2016 nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari Apple Malaysia di http://www.apple.com/my/

Friday, March 18, 2016

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Online

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Online



Nak tonton maharaja lawak mega 2016? Sila klik DISINI

Raja Zarith Bidas Rakyat Suka Komen Negatif

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah ibni Almarhum Sultan Idris Shah membidas sikap netizens yang mempertikaikan pemakaian seorang rakyat Malaysia sewaktu menjadi pembawa cokmar untuk sambutan hari jadi ke-90 Ratu Elizabeth II.


Ini kerana, seorang pelajar Malaysia di Universiti Durham, Kishva Ambigapathy berpakaian baju Melayu lengkap serta sampin, namun tidak mengenakan songkok.

“Saya hairan kenapa ada sahaja antara kita yang memberi komen yang negatif. Dia (Kishva) dah pakai baju Melayu tapi itu pun tak cukup, tak betul, nak pertikaikan kenapa dia tak pakai songkok.

“Kita patut bangga dia memilih memakai baju Melayu. Dia tak pakai suit. Tapi masih ada yang tak puas hati. Buat salah, tak buat salah. Cuba sangka baik, mungkin ada sebab dia tak pakai songkok,” tulisnya di Facebook.

Bukan itu sahaja, Raja Zarith juga sempat menyatakan rasa bangganya apabila melihat Kishva yang berbangsa India berjalan megah di Westminster Abbey, London, semalam.

“Syabas! Congratulations! And please note that he is wearing our national Baju Melayu and Sampin!,” katanya lagi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu berkongsi gambar menunjukkan Kishva mengenakan baju Melayu berwarna krim sambil memegang cokmar diraja.

Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Kishva juga menerusi laman sosial Facebooknya menzahirkan rasa teruja kerana terpilih untuk membawa cokmar dan berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak.

Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu

Wednesday, March 16, 2016

Pinggang Bersaiz Kertas A4 Jadi Kegilaan

KALAU anda rasa dengan hanya memakai Kebaya ketat sudah cukup untuk menunjukkan anda memiliki pinggang yang ramping, mungkin anda silap!


Ini kerana, sebelum ini ‘Belly Button Challenge’ atau cabaran sentuh pusat menggunakan sebelah tangan bagi menunjukkan taraf kesihatan seseorang individu heboh di perkatakan di laman Weibo China, kini rakyat negara itu sekali lagi mencuri tumpuan ramai menerusi ‘trend’ pinggang ‘kertas A4’.

Menerusi fenomena ini yang hangat dikongsi di laman sosial negara itu, golongan wanita dilihat galak mengukur kelangsingan pinggang mereka menggunakan kertas A4.

Gadis-gadis di negara itu akan menyelitkan kertas A4 di dalam seluar atau skirt, yang diletakkan di bahagian paras pinggang untuk mengukur samada saiz pinggang mereka lebih besar atau kecil dari kertas tersebut.

Kebanyakkan foto yang dimuat naik memaparkan gadis-gadis terbabit mempunyai saiz selebar kertas A4 yang berukuran lebar sekitar 21 sentimental.

Bagaimanapun, ‘trend’ tersebut nyata menerima reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna Weibo yang mana antaranya menyifatkan ia satu teknik ‘halus’ untuk menghina golongan wanita lain yang tidak mempunyai kelangsingan bersaiz A4.

Tuesday, March 15, 2016

Kereta Mitsubishi Triton Remy Ishak Dicuri

Sejak malam tadi ramai di kalangan artis dan juga peminat yang berkongsi status oleh pelakon Remy Ishak.


Dia dikhabarkan diduga dengan kehilangan kereta miliknya, Mitsubishi Triton warna hitam.

Remy dalam statusnya di laman Instagram berkata, "Aku penat baru balek kerja, kau curik kereta aku :("

Semoga semuanya dipermudahkan buat Remy dan menemui semula kereta kesayangannya. Buat pencuri di luar sana, awas ya anda sedang diperhatikan!

Pentingya Family First

Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi...

FAMILY FIRST

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Ia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.


Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing, hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Tuhan berbisik. "Akan ku suruh malaikat mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, aku akan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan dengan sewenang2nya, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas pemergianku.

Lalu kawan2 sekerjaku hampir semua datang. Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan handphoneku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering kuherdik dan kubentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat tujuh hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak jabatan telah menggantiku dengan staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,

kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 jangan lupa bersembahyang. Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam itu, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Ya Allah... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..

Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Lalu seketika, aku terbangun.... syukur, 

Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hp ku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....

Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..

Saturday, March 12, 2016

Keputusan Terkini Liga Super - Felda United Rampas Kedudukan Teratas

Felda United merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas mengalahkan Pahang FC 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, malam Sabtu.


Kemenangan keempat yang diraih skuad 'The Fighters' menyaksikan mereka mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan.

Pada aksi di Jengka, Francis Forkey Doe meletakkan Felda United di depan pada minit ke-35 sebelum pemain import Pahang, Nejc Potokar dari Slovenia, menolak masuk gol ke dalam gawang sendiri pada minit ke-80.

Kedudukan tersebut bakal berubah sekiranya JDT yang menduduki tangga kedua Liga Super berjaya menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka pada aksi liga, esok.

Kedah pula turun satu anak tangga ke kedudukan keenam setelah seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching. Pasukan pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Muhammad Farhan Roslan yang bijak menyudahkan hantaran Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-84 sebelum pemain import dari Australia, Makeche Ndumba menyelamatkan maruah skuad skuad 'Ngap Sayot' pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Naib juara Liga Super 2010, Kelantan pula melonjak dua anak tangga kepada kedudukan kelima liga selepas menang bergaya 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Penyerang import dari Macedonia, Blazhe Ilijoski muncul wira skuad 'Pamoga Qu Puteh The Red Warriors' apabila meledak dua gol pada minit keempat dan ke-35 sebelum kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-70.

Osas Marvelous Ikpefua mengurangkan defisit jaringan untuk Pulau Pinang pada minit ke-81.

Selain aksi PDRM-JDT, satu lagi aksi Liga Super membabitkan pertemuan Perak dan Terengganu FC II akan berlangsung malam esok.

Liga Malaysia akan berehat seketika selepas ini bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaysia menentang Arab Saudi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan pada 24 Mac sebelum bersambung pada 4 April ini.

Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac

Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks. Cuaca panas semasa boleh menyebabkan panas terik jika suhu melebihi 35°C selama lima hari berturut-turut, atau 37°C selama tiga hari berturut-turut, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.


Dalam satu kenyataan, beliau berkata, setakat ini, suhu tertinggi dicatatkan di Alor Setar dan Chuping (Perlis) pada Khamis, di mana ia memuncak pada 38.5°C. Beliau berkata, jika tidak berlaku penurunan hujan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mungkin akan merekodkan suhu yang lebih tinggi.

"Bagi Lembah Klang, malam akan menjadi lebih panas daripada biasa," katanya. Rakyat Malaysia, terutamanya warga emas dan kanak-kanak, perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti luar.

"Minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi," katanya.

Tangau berkata cuaca panas dan kering diramal berkurangan pada akhir bulan berikutan musim peralihan monsun di mana terdapat lebih banyak hujan dan ribut petir pada sebelah petang.

"Mampukah Orang Asal membayar bil elektrik dan air?"

"Mampukah Orang Asal membayar bil elektrik dan air?" demikian persoalan dari Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Zainal Kling.


Memetik kenyataan beliau dari Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada bantuan Kerajaan semata-mata.

"Masukkan elektrik ke kampung Orang Asal barangkali senang. Tarik tiang, tarik wayar bolehlah pasang. Tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Mereka masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan. Orang Asal yang tinggal berhampiran bandar sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi jika tidak diberi percuma, mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik," katanya.

Tambah beliau, jika kerajaan tidak membantu Orang Asal untuk membayar segala kos kemudahan asas ini, maka nak memasukkan segala kemudahan asas ini akan menjadi masalah. 

Lapor Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal yang tinggal berhampiran Putrajaya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.

"Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain terus memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asal. Anak mereka perlu diselamatkan, pastikan mereka pergi ke sekolah, masuk kolej dan berjaya agar dapat membantu keluarga. 

"Yang tua-tua ini sudah tidak boleh buat apa-apa, kena bagi BR!M sepanjang masa kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap," kata Zainal

Friday, March 11, 2016

Irwan Serigar bakal ganti Zeti terajui Bank Negara, lapor WSJ

Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara, walaupun bank pusat itu berusaha menamakan calon dalamannya, laporThe Wall Street Journal (WSJ) hari ini.


Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber berkata, Putrajaya akan menamakan Irwan, ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara baharu minggu depan.

Penggal perkhidmatan Zeti berakhir pada April dan semalam beliau berkata, Bank Negara sudah mengemukakan nama pengganti beliau.

"Kami sudah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan serta mengemukakan nama kepada (Yang di-Pertuan) Agong," kata Zeti kepada pemberita semasa majlis Forum Wharton Global 2016 di Kuala Lumpur semalam.

"Hanya bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi," katanya ketika ditanya siapa yang akan menjadi pilihan beliau di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Mohamed Ibrahim.

WSJ melaporkan, Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu.

Irwan menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.

WSJ berkata, jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha (melobi) Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.

Akhbar itu memuji Zeti kerana "pengurusan ekonomi beliau yang stabil", menarik pelabur kepada saham dan bon.

Pada tahun akhir tempoh perkhidmatannya, beliau terpaksa bergelut dengan penyusutan ringgit dan kesan daripada skandal berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan Irwan turut menganggotai lembaga itu.

WSJ kali pertama kali mendedahkan pada Julai lalu sebanyak AS$681 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan berkata, dana itu datang daripada 1MDB.

Sebanyak RM42 juta lagi daripada SRC International Sdn Bhd juga dipindahkan ke dalam akaun Najib.

Penyiasat di sekurang-kurangnya 5 negara termasuk AS, menyiasat berbilion-bilion yang hilang daripada 1MDB.

"Bank Negara menjadi antara agensi paling agresif menyiasat dakwaan terhadap dana itu, yang 100% dimiliki kementerian," kata WSJ.

Pada Januari, peguam negara berkata tidak terdapat "bukti mencukupi" untuk mengenakan Najib dengan perbuatan salah laku jenayah berhubung dana RM2.6 bilion, yang mana Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi

Pihak Polis Perjelas Perkara Sebenar Disebalik Viral 'Kutip Vico'

Pihak polis hari ini memperjelaskan perkara sebenar disebalik dakwaan bahawa orang ramai mencuri produk Vico di dalam satu kejadian treler yang membawa muatan itu terbalik di Kilometer 37.5 Jalan Teluk Intan menghala ke Klang di sini semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, sebenarnya orang ramai membawa balik produk tersebut selepas mendapat kebenaran dari pengurus syarikat treler tersebut memandangkan kebanyakan bungkusannya sudah rosak dan serta tidak boleh dijual.

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku 5.15 pagi apabila pemandu treler itu gagal mengawal kenderaan ketika melalui laluan berkenaan kerana jalan yang gelap.

"Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang perlanggaran berlaku dan cuaca dalam keadaan baik. Namun keadaan jalan agak gelap berikutan tiada lampu jalan dipercayai menjadi punca treler ini terbabas, sebelum terbalik," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Ruslan turut berkata pemandu treler berkenaan mengalami kecederaan ringan di kepala manakal kelindannya bengkak di kaki kanan.

Sebelum ini beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip vico dari trailer itu menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizens yang menyangka mereka mengambil vico itu tanpa kebenaran

Wednesday, March 9, 2016

7 Tanda Awal BF Anda Tak Sesuai Jadi Teman Hidup

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.


Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan soal pemilihan pasangan hidup. Mungkin 7 tanda ini boleh membantu anda.

  • Selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung

  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.

  • Selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.

  • Selamba bermain WhatsApp ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia WhatsApp, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan WhatsApp dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang.

  • Selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.

  • Selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting, ataupun perkara penting tentang diri anda.

  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.

Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan.

Tampar Isteri Kerana Tidak Hormat Suami

Seorang pegawai veterinar memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menampar isterinya beberapa kali di dalam lif hospital kerana wanita itu bersikap biadab terhadapnya, lapor The Star.


Mohammad Affandi Ismail, 39, berasal dari Jerantut, Pahang, berkata, dia marah dan mahu mengajar isterinya kerana tidak menghormatinya sebagai suami. Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, dia telah bertindak secara spontan apabila dia menampar wanita itu beberapa kali di atas kepala dan menendangnya sebanyak dua kali. 

"Tindakan itu adalah spontan. Saya sangat marah pada ketika itu kerana dia membelakangi saya. Saya tampar belakang kepalanya dan menendangnya.  "Saya sebenarnya menyasarkan mulutnya kerana kami sebelum itu bertelagah mengenai hal-hal keluarga," katanya yang bersetuju dengan Razali yang dia memukul isterinya mengikut kehendaknya sendiri tanpa sebarang paksaan dari pihak lain. 


Majistret Mohd Fitri Sadardin menangguhkan perbicaraan sehingga 10 Mac ini untuk pendengaran yang seterusnya. Mohammad Affandi telah diperintah oleh Mahkamah Majistret untuk membela diri di atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. 

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Bandar Perda pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013. Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika disabitkan bersalah, boleh dipenjarakan setahu atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Permohonan Tentera Malaysia ATM 2016 Lepasan SPM

Permohonan Angkatan Tentera Malaysia ATM 2016 bagi calon lepasan SPM. Sukacita dimaklumkan bahawa ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Calon akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian.


Permohonan Tentera Malaysia ATM 2016 Lepasan SPM

Calon-calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui www.upu.mohe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

Syarat Kelayakan Tentera Malaysia ATM 2016

Fizikal
  • Jantina: Lelaki dan Wanita
  • Tinggi Minimum: 1.62M (Lelaki) 1.57M (Wanita)
  • Berat Minimum: 47.5KG (Lelaki) 45.0 (Wanita)
  • Ukuran Dada Minimum (Lelaki Sahaja): 76 SM
  • Body Mass Index: 18.0 hingga 23.0

Umur

Berumur 17 tahun 6 bulan, 19 Tahun pada 31 Disember 2016. Calon-calon berumur dibawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Taraf Kesihatan

Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata/ kanta lekap. Perlu lulus pemeriksaan yang dijalankan oleh KKM.


Kriteria Pemilihan 

Proses pemilihan adalah berdasarkan merit kelayakan akademik, ujian kepimpinan, ujian fizikal, ujian bertulis dan penilaian lembaga pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan bidang sukan akan diberi keutamaan.


Maklumat Lanjut Tentera Malaysia


Tarikh Tutup Permohonan

5 April 2016

Sunday, March 6, 2016

Jual Sandwic Ayam & Kopi Dengan Harga RM1, Dua Pemuda Ini Mampu Raih RM1,000 Sebulan

Pernah tak anda terfikir anda boleh mendapatkan pakej sarapan pagi yang lengkap dengan hanya RM1? Buat orang Sandakan, Sabah, mungkin pagi anda selepas ini akan lebih bertenaga sekiranya anda singgah ke gerai tepi jalan ini yang menjual pakej sarapan pagi dengan harga RM1 SAHAJA!


Bayangkan dengan hanya RM1 anda boleh mendapatkan sarapan sandwic ayam dan sayur beserta kopi atau teh. Gerai ini terletak di tepi jalan berhampiran Taman Fajar di Jalan Airport, Sandakan yang merupakan laluan utama yang dilalui banyak kenderaan pada setiap pagi.

Perniagaan ini dijalankan oleh dua orang pemuda iaitu Jaafar Pame dan rakannyaMuhammad Abdullah. Idea ini tercetus dan dibuat atas keinginan membantu mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan sarapan dengan harga murah. Yelah, mana nak dapat sandwic beserta kopi dengan harga RM1?

Bukan itu saja, pancake, sup cendawan dan minuman panas yang lain turut dijual berasingan dengan harga RM1 juga setiap satu. Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana mereka mendapat untung dengan menjual harga semurah itu? 

Menurut kedua-dua pemuda ini, biarpun ia dijual dengan harga murah, mereka masih mampu memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan. Kata mereka, sambutan orang ramai memang sangat menggalakkan.

Mereka memulakan perniagan itu sejak Oktober lalu dan sehingga kini mereka mampu mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri. Dengan hanya menggunakan poster dan kain rentang bagi memaparkan menu sarapan, nampaknya pendekatan itu betul-betul menarik perhatian ramai.

Mereka mula berniaga bermula dari jam 6 hingga 8 pagi iaitu pada waktu puncak di mana orang ramai keluar bekerja pada setiap Isnin hingga Sabtu. Bahkan, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar kawasan Batu 7 Jalan Airport bagi sup cendawan dan minuman panas dengan hanya mengenakan caj serendah RM1.

Nampaknya idea menjual makanan dengan RM1 ini menjadi ikutan buat peniaga lain juga. Salah satunya gerai di Jitra, Kedah yang mana gerainya telah disiarkan di dalam berita Astro Awani baru-baru ini. Dikatakan gerai itu menjual cendol, laksa, mee sup dan banyak lagi dengan harga RM1! Memang murah!

Keputusan Juara Pemenang Mentor Milenia 2016 Final TV3

Keputusan rasmi juara pemenang Mentor Milenia 2016 final TV3. Konsert akhir program Mentor Milenia kini sudah berada di minggu akhir pada Ahad 6 Mac 2016 bertempat di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. Seramai tiga finalis antaranya adalah Waniey (Protege Black), Fareez (Protege Hazama) dan Qody (Protege Black) akan berentap untuk merebut gelaran Juara Mentor Milenia musim 2016.

Keputusan Juara Pemenang Mentor Milenia 2016 Final TV3

Juara: Fareez ( Wang Tunai RM100,000 + Trofi )

Naib Juara: Qodi ( Wang Tunai RM50,000 + Trofi )

Tempat Ketiga: Wanie ( Wang Tunai RM20,000 + Trofi )

Keputusan Penuh: Fareez muncul juara Mentor Milenia selepas menewaskan Qody di tempat ke-2 & Wanie tempat ke-3 serta membawa pulang RM100, 000 dan Trofi.


Semakan Keputusan Permohonan UiTM Ambilan 2 Sesi 2015/ 2016 Online

Semakan Keputusan Permohonan UiTM Ambilan 2 Sesi 2015/ 2016 Online. Dipetik dari Portal Rasmi Kemasukan Pelajar UiTM (UiTM Student Portal), semakan keputusan permohonan UiTM lepasan SPM/ setaraf termasuk semakan panggilan dan keputusan temuduga sesi kemasukan Mac 2016 boleh di semak di applikasi semakan UiTM di bawah ini dari masa kesemasa. 


SEMAKAN TERKINI KEMASUKAN KE UiTM ONLINE


  • KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SESI 2 2015/2016 (KEMASUKAN MAC 2016) BOLEH DISEMAK PADA 7 MAC 2016 JAM 12.00 TENGAH HARI. CALON-CALON YANG BERJAYA AKAN MENDAFTAR PADA 10 MAC 2016. TAWARAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN TEMPAT. Klik SEMAK erayuan untuk semakan
  • PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 BAGI
  • LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 5 APRIL 2016. LAYARIhttp://upu.mohe.gov.my
  • KEPUTUSAN PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA LEPASAN STPM/SETARAF SESI 2 2015/2016 (KEMASUKAN MAC 2016) BOLEH DISEMAK MULAI 5 FEBRUARI 2016 (JUMAAT) JAM 3.00 PETANG. KLIK DI Applikasi Semakan Online.
  • MUET SESI MAC 2016 ADALAH MUET TERAKHIR YANG BOLEH DITERIMA BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM SARJANA MUDA SESI 1 2016/2017 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2016). PENDAFTARAN TELAH DIBUKA MULAI 5 NOVEMBER 2015 HINGGA 8 JANUARI 2016.

Applikasi Semakan Permohonan UiTM Ambilan 2 Sesi 2015/ 2016 Online

Sila layari http://online.uitm.edu.my/index.cfm atau http://online.uitm.edu.my/keputusan.cfm 
untuk membuat semakan

Permohonan Online Rayuan UiTM

Pemohon boleh merayu di http://online.uitm.edu.my/

Wednesday, March 2, 2016

Terkini : Gempa Kuat Landa Sumatera, Amaran Tsunami Dibatalkan

Satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud telah melanda pesisir barat Sumatera, Indonesia kira-kira 8.50 malam ini.


Dalam perkembangan yang sama, Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan barat Sumatera, Utara Sumatera dan Aceh akibat dari gempa terbabit.

[Dikemaskini]
Laporan dari Reuters berkata media tempatan Indonesia melaporkan amaran tsunami telah pun dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Tuesday, March 1, 2016

Apakah Maksud Chia Chia Chia Yang Jadi Viral?

Maksud sebenar perkataan Chia Chia Chia sebenarnya adalah tagline atau pickup line Sepahtu Reunion. Perkataan ketawa “Hahaha” kini sudah digantikan dengan perkataan “Chia Chia Chia” dan seringkali digunakan dilaman sosial mahupun applikasi seperti Whatsapp dan Wechat. 


Namun, perkataan “Chia Chia Chia” bukanlah perkataan hipster namun ianya adalah tagline atau pickup line daripada pelawak Jep Sepahtu menerusi rancangan Sepahtu Reunion yang ditayangkan menerusi Astro Warna. Tinjauan dilaman sosial mendapati perkataan “Chia Chia” kini menjadi ikutan ramai pengguna.

Maksud Perkataan Chia Chia Chia Tagline Sepahtu Reunion

Chia Chia Chia hanyalah tagline Jep Sepahtu menerusi rancangan komedi Sepahtu Reunion. Chia-Chia-Chia kini adalah ayat yang trending bagi menggantikan perkataan Ha-Ha-Ha.





Keputusan Terkini Liga Super 2016 Dan Kedudukan Semasa Liga Super 2016

Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2016 yang berlangsung pada Selasa malam:


Liga Super:

Selangor 4-2 Sarawak

Kedah 2-1 Kelantan

Pulau Pinang 1-1 Perak

T-Team 1-1 PDRM

JDT 2-1 Felda United FC

Pahang FC 1-2 Terengganu

Kedudukan Terkini Liga Super 2016 Selepas Minggu 4


Subscribe Kami. Hanya Tinggalkan Email Anda

Join Our Newsletter